Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Friday, December 31, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga-30


Perbualan antara dia dan Ammar Hakimi malam tadi membangkitkan semangat Darwisya Qaisara untuk menyambung penjelajahan diari usangnya itu. Darwisya benar-benar mahu mencari siapa dirinya.

3 Ogos 2005

Dear Diary,

Harini Ammar Hakimi jumpa aku di kantin sekolah. Rasa janggal berbuat begitu. Sepanjang bergelar pelajar aku tidak pernah berbual empat mata dengan mana-mana lelaki. That was my first time discussing about love with a man. Ammar Hakimi berterus terang. Dia suka aku.. Dan dia juga kata, kenapa dia tak pernah nampak aku sejak tingkatan 1.

Tapi, aku kelu masa tu. Aku tak tahu nak cakap ape. Dan akhirnya, aku reject dia. Rasanya bercinta masa sekolah bukan cara aku. But I think, I’m in love…Eh, sudah-sudah Sya… Semua ni cinta monyet.

Darwisya tersenyum. Helaian seterusnya dikuak. Darwisya Qaisara yang berusia 16 tahun ketika itu nampaknya sedang berangan-angan selepas perjumpaan empat mata antara dia dan Ammar Hakimi. Darwisya sudah mula diulit mimpi-mimpi indah. Maklumlah, ketika itu Darwisya Qaisara cuma gadis genit yang setahun jagung dalam menempuh alam remaja. Tatkala diburu cinta pertama, pastinya perasaan itu membuak-buak di dalam dada.

Namun, melalui pembacaan Darwisya dalam diari usangnya itu. Sekalipun hatinya menyimpan perasaan terhadap Ammar Hakimi, mindanya menolak rasa hati itu. Sikap yang terpamer bertentangan dengan emosi dan perasaannya.

7 Ogos 2005

Dear Diary.

Harini hari paling sedih yang aku rasa. Dia penipu. Ammar Hakimi penipu besar! Aku rasa nak menangis sangat. Zarul bagitahu aku yang Ammar Hakimi jaja cerita yang aku tergila-gilakan dia. Apa makna semua ni Hakimi? Kenapa kau buat macam ni? Ya Allah, menyesalnya aku menyukai lelaki yang terang-terang menjatuhkan maruah aku. Tergamak kau Hakimi?Kau betul-betul menanam benci di hati aku.

10 Ogos 2005

Aku semakin bencikan lelaki ini. Masih sudi lagi berwajah tidak bersalah. Sedar lah sikit siapa kau! I know u Ammar Hakimi!

11 Ogos 2005

Maaf Cik Hanim. Saya bukan sengaja membantah. Tapi Sya memang tak boleh sekumpulan dengan penipu besar tu.

Tanpa sedar, dalam kelas Kimia tadi, ketika membahagikan kumpulan eksperimen, aku membantah keras tatkala Cik Hanim meletakkan aku sekumpulan dengan Ammar Hakimi Penipu Besar.

Cik Hanim jumpa aku personally dan dia pesan : Sya, u should know how to control your temper. Jangan terlalu benci. Sebab sederhana itu indah. Kalau berlebihan benci macam ni, cikgu takut, u will fall in love with him.

Sudah fall pun cikgu. Malah, saya bukan jatuh lagi. Dia dah pun buat saya jatuh tersungkur menyembah bumi. I hate u Ammar Hakimi!


Darwisya memejamkan matanya. Mindanya difokuskan terhadap kisah yang baru dibaca. Perlahan lahan dia mula membayangkan suasana di makmal Kimia di sekolahnya dulu. Darwisya sudah mengingati kemarahannya di makmal Kimia ketika Cik Hanim membahagikan kumpulan. Darwisya juga masih ingat wajah Hakimi yang muram dan dia hanya berdiam diri tanpa sedikit pun campur tangan dengan bantahan kerasku.

Proses pemulihan ingatannya nampaknya semakin maju.

Pembacaan diteruskan.

Catatan seterusnya berkisarkan Ammar Hakimi yang sudah mula mendiamkan diri. Kini, pasangan ini nampaknya masing-masing berkeras kepala. Masing-masing membawa haluan masing-masing. Kebencian terus bermaharajalela di hati Darwisya Qaisara.

28 Ogos 2005

Diary!

Ammar Hakimi!!!!!!!! Kau memang teruk. Dah la kau yang salah, kau pulak yang buat muka sombong dan berlagak bila depan aku.Dont u think u’re too much? Susah sangat ke nak pujuk aku? Kenapa kau tak pernah tanya pun kenapa aku dingin sangat dengan kau? Atau kau sebenarnya memang suka benda ni jadi macam ni? Sengaja nak main-mainkan hati orang kan. Seronok ye?

31 Ogos 2005

Dear Diary,

Aku nampak Ammar Hakimi duduk di penjuru dewan tadi. Aku perasan ke tadi? Aku terasa macam dia mencuri pandang aku masa aku berlatih persembahan sajak dengan Fadzil tadi.

4 September 2005

Dear Diary,

Tadi jamuan akhir tahun Puteri Islam sekolahku. Dan aku diarahkan oleh Ustazah Hawa membaca terjemahan ayat al-Quran yang dibaca oleh seorang senior. Semua peserta jamuan di kantin adalah perempuan. Dan, hari ini aku terlihat Ammar Hakimi lagi. Dia duduk di satu sudut di kantin sambil memandang aku dan tersenyum. Aku teragak-agak untuk membalas senyuman itu. Yang wujud diminda saat itu ialah ‘patut ke aku senyum balik kat dia’.

Kan tak suka kat aku. Kenapa senyum? Aku makin tak faham lah…


Catatan tadi dan beberapa minggu seterusnya melambangkan bahawa sekalipun berjauh hati dengan Hakimi, Darwisya tetap menginginkan suasana seperti dulu. Darwisya sebenarnya sedang diulit perasaan rindu. Ternyata diam Hakimi menambah sakit hati Darwisya.

Sikit demi sedikit Darwisya sudah mampu mengingat kisah lama. Itupun berbantu pembacaan catatan hariannya di dalam diari itu. Jika tidak, sudah pasti proses pemulihan memorinya tidak akan secepat ini. Membaca catatan diari miliknya itu diumpamakan seperti membaca novel cinta anak kecil. Sekalipun lucu dengan gaya bahasa anak-anak, namun, Darwisya Qaisara yang berumur 16 tahun itu begitu jujur menterjemah perasaan dalam tulisannya.


Harini Darwisya semakin segar. Dia terasa seperti mendapat kembali dirinya yang hilang. Diari-diari zaman persekolahannya sudah habis ditelaah. Dan mindanya sudah pun mampu memutar kembali ‘video’ perjalanan hidupnya dahulu. Usaha Darwisya kini cuma satu. Mengingati bila ketika dia dan Ammar Hakimi mula bersulam kasih dalam erti kata sebenar. Mindanya terhad saat ini. Dia hanya mampu mengingati Ammar Hakimi sehingga usia lelaki itu 17 tahun. Setahu Darwisya, ketika menghabiskan zaman persekolahan, persahabatan antara dia dan Ammar Hakimi terputus begitu sahaja. Dia masih ingat detik terakhir pertemuannya dengan Hakimi dipenghujung persekolahan.

“Sya… Bye bye… entah bila kita dapat jumpa lagi kan,” Ucap Hakimi. Darwisya masih ingat wajah kusam lelaki itu ketika berkata demikian. Dan dia turut mengingati rasa pedih di hatinya ketika itu kerana rasa suka dan sayang terhadap lelaki itu hanya mampu dipendam kerana begitu khuatir dia bertepuk sebelah tangan sekiranya meluah rasa.

Darwisya bercadang mahu bersiar-siar. Kunci keretanya dicapai. Enjin dihidupkan. Tayar kereta bergerak selari dengan stereng yang diputarkan. Darwisya tiba di Pekan Parit Jawa. Tayar keretanya terus bergolek menuju ke Pantai Leka yang terletak di sebuah perkampungan nelayan berbangsa Cina. Kelmarin, kata ibu Darwisya, pantai itu sudah dibaik pulih dan lebih selesa untuk dikunjungi. Benar kata ibunya, petang itu begitu ramai anak-anak kecil berdamping dengan ibunya memenuhi kawasan rehat itu. Dan Darwisya cuma seorang. Dia sengaja mahu mencuri masa untuk berseorangan. Darwisya lantai melabuhkan punggung di buaian di pinggir ruang rehat itu.  Pandangannya dicampak ke tengah pantai. Ternyata ciptaan Allah ini begitu indah dan menenangkan. Hati Darwisya tidak putus-putus memuji ciptaan tuhannya. Ciptaan Allah itu begitu sempurna dan tiada cacat celanya. Hanya manusia sahaja yang gemar merosakkan keindahan dan kesempurnaan itu.

Pandangan Darwisya terpaku tatkala melihat seorang anak kecil yang pada jangkaannya berusia setahun sedang berlari-lari. Rambut kanak-kanak perempuan itu diikat tinggi seperti pokok kelapa, bergaun kembang berwarna merah jambu dan juga berkasut comel ibarat puteri kecil. Pada kiraan Darwisya, pastinya anak itu baru sahaja mula ‘mendapat kaki’. Mana tidaknya, ibu dan ayahnya sedang ligat mengejar anak kecil itu yang tidak lelah berlari-lari. Pastinya si kecil itu anak sulung pada pasangan tersebut. Hati Darwisya benar-benar terasa tenang melihat si comel itu. Terasa mahu sahaja dipinjam si kecil itu dan digomol-gomol pipi montel itu. Darwisya tersenyum sendirian mengenangkan perasaannya.

Pandangan Darwisya dicampakkan kembali ke tengah lautan. Matanya dipejam. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup kearahnya. Darwisya terasa begitu tenang. Tiba-tiba ada suara menegur Darwisya.

“Assalamualaikum,” Sapa suara seorang lelaki.

Mata Darwisya spontan terbuka. Ketenangan yang sejenak dirasa diragut oleh suara sapaan tadi.

“Waalaikumussalam…” Tenang Darwisya menjawab.

“Boleh duduk di sebelah saudari?” Ucap lelaki itu.

“Erk… But, do I know u?” Darwisya sesak berfikir.

“Sya… ni Zarif laaa…” Kata lelaki itu.

“Sorry… Mungkin saya lupa kot. 2 bulan lepas saya kemalangan. So, memori 7 tahun kebelakangan ni saya lupa. Masih dalam proses mengingat ni.” Darwisya jujur bercerita. Pada Darwisya, lelaki itu wajar tahu. Siapa tahun dia boleh membantu.

Wajah lelaki itu diamati. Bukankah lelaki berkulit putih bertubuh kurus tinggi itu bapa anak kecil tadi? Di manakah isteri dan anaknya?

“Takziah Sya. But, for your information. I’m your boyfriend.” Selamba lelaki itu mengaku kekasih hati Darwisya.

Darwisya kaget! Apakah benar? Lantas, siapakah Ammar Hakimi? Dan, bukankah lelaki itu sudah beranak isteri? Masakan aku bercinta dengan suami orang.

“Jangan cuba serabutkan minda saya Encik Zarif.” Tegas Darwisya berkata. Memorinya mula bercampur baur.

Darwisya mula menyusun langkah.

“Assalamualaikum Encik Zarif. Ada umur, jumpa lagi.” Ucap Darwisya segera tanpa mahu mendengar celoteh panjang lelaki itu.

*waa..sambung lg yek..*

2 comments:

IVORYGINGER said...

ceh menyampah la zarif ni.
nk ambik kesempatan lak ms sya ilang ingatan. huh...

Kak Amy said...

Hai salam kenal..

Amy singgah sini baca entry dan follow , jemput ke sinar raudah ye..