Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Saturday, December 25, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga- 29

Sebulan pertama Hakimi di tempat kerja yang baru sudah pun berlalu. Syukur alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kini Hakimi jauh dari Darwisya. Namun jauh disudut hatinya, dia merindui puteri cinta hatinya itu. Niat Hakimi pergi bukanlah mahu mengalah, tetapi, dia mahu memberi ruang pada si gadis untuk menenangkan diri. Dia masih ingat lagi saat dia mendesak Darwisya Qaisara supaya mengingatinya lalu gadis itu diserang sakit kepala yang amat kritikal lalu jatuh pengsan. Doktor sudah berpesan padanya agar tidak Darwisya tidak diberi tekanan begitu khuatir ia memudaratkan kesihatan Darwisya dan membantutkan penyembuhan gadis itu. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tidak tega melihat buah hati kesayangannya itu merana kesakitan akibat perbuatannya.

Telefon bimbitnya dipegang erat. Sudah lama telefon itu tidak menerima panggilan dari Darwisya. Sejak ke negeri Pulau Pinang ini, Hakimi masih belum diberi kekuatan untuk menelefon si gadis. Dia tahu, Darwisya tidak mungkin mahu menjawab panggilan telefon dari lelaki bernama Ammar Hakimi yang tidak pernah dikenalinya. Hanya mesej-mesej dan gambar-gambar lama menemani kerinduan Hakimi.

Entah kuasa apa, jari jemari Ammar Hakimi mendail nombor telefon Darwisya Qaisara. Percubaan itu tidak disertai dengan harapan yang menggunung untuk berbual panjang dengan Darwisya. Cukuplah dapat mendengar suara si gadis. Itupun sudah cukup berbaloi buatnya.

Darwisya Qaisara yang sedang leka membelek diari usangnya itu dikejutkan dengan panggilan telefon.

‘Putera’

Nama itu terpapar di ruang skrin telefon bimbitnya. Setelah berkira-kira memilih untuk menjawab atau tidak, akhirnya Darwisya menekan punat berwarna hijau. Panggilan itu disambut.

“Assalamualaikum.” Sapa Darwisya memulakan bicara.

“Waalaikumussalam Sya,” Lega Hakimi menjawab salamnya. Dia benar-benar tidak menyangka Darwisya sudi menyambut panggilannya.

“Awak putera mana ya? Saya kenal awak ke?” Tanya Darwisya jujur. Lelaki manakah yang dipanggil ‘putera itu? Adakah aku mengenalinya? Pertanyaan itu berlegar di minda Darwisya.

Hakimi tersenyum. Barulah dia mengetahui bahawa selama ini Darwisya menyimpan nombor telefonnya dan disetkan dengan nama PUTERA. Hakimi terasa bertuah. Bukankah ‘putera’ itu melambangkan betapa istimewa dirinya di hati Darwisya Qaisara?

“Ya… Saya putera yang dimaksudkan. Tapi tu mungkin nick name bagi nama saya yang awak set dalam phone awak dulu,” Jelas Hakimi kepada Darwisya agar gadis itu tidak keliru lagi.

“Saya Ammar Hakimi. Biasanya awak suka panggil saya Kimi,” Hakimi cuba untuk berbual santai dengan si gadis. Perbualan itu umpama perbualan kali pertama Darwisya dan dia.

“Ammar Hakimi?Awak lah playboy yang mengurat saya dulu kan?”Respon Darwisya. Ya… dia masih ingat kisah dalam diari usangnya sekalipun diari itu belum habis dibaca. Dia masih ingat wajah lelaki bernama Ammar Hakimi yang muncul samar-samar dalam layar memorinya selepas membaca diari usangnya itu. Wajah itu persis wajah lelaki yang bergelar ‘Kimi’ yang melawatnya di hospital dulu. Cuma yang berbeza, lelaki itu berkumis halus dan berkaca mata. Ammar Hakimi hot player yang muncul dalam layar memorinya itu nampak sedikit kebudak-budakan dengan pakaian sekolah menengah.

“Ha? Sya dah ingat kat Kimi ke?” Hakimi terkejut. Lidahnya hampir kelu seketika tadi. Setelah 2 bulan berlalu, apakah Darwisya cinta hatinya mula meraih semula memori yang pergi itu?

“Erk… biasa saya panggil awak Kimi ke? Encik Kimi ni yang datang hospital melawat saya tu ke?” Darwisya bertanya. Darwisya sedikit pelik.

“Sya… Awak belum ingat saya kan? Tapi, at least awak tahu saya ni budak lelaki nakal yang mengurat awak 5 tahun lalu. Syukur sangat…” Jelas Ammar Hakimi.

Kesabaran memberi ruang pada gadis itu mencari diri dirasakan berbaloi. Tidak disangkakan peningkatan kesihatan Darwisya sudah sebaik itu. Mana tidaknya, sudah seminggu Hakimi tidak menghubungi ibu Darwisya bertanyakan perkembangan gadis itu akibat sibuk bekerja hingga larut malam. Ammar Hakimi sengaja menyibukkan diri dengan bekerja lebih masa agar mindanya tidak terlalu teringatkan pujaan hatinya, Darwisya Qaisara.

“Awak mana? Kenapa dah sebulan tak nampak awak?” entah mengapa soalan itu yang terpacul spontan dari bibir Darwisya. Sekalipun lelaki yang dipanggil Kimi itu tidak diingatinya, dia terasa mahu melihat wajah lelaki itu.

‘Apakah itu rindu? Siapa lelaki ini di hatiku?’ Resah hati Darwisya Qaisara. Darwisya terasa mahu berterus terang minta penjelasan Hakimi. Namun, persoalan itu dibiar sepi. Mungkin Hakimi sahabat karibnya sebelum dia ditimpa kemalangan dulu.

“Is that mean Sya rindu kat Kimi? Oho… Thanks dear… Kimi kat Penang sekarang ni. Kerja. Nanti ada cuti, Kimi balik.” Jelas Hakimi. Saat itu, Hakimi terasa mahu terbang pulang ke Muar menemui buah hatinya. Senyuman memekar segar dibibir Ammar Hakimi. Mana tidaknya, 2 bulan dia menahan derita tatkala gadis pujaan melupakan dirinya.

Darwisya Qaisara bingung. Mengapakah dia merasakan sebelum ini lelaki bernama Hakimi itu selalu dekat dengannya sedangkan mengikut kata lelaki itu, dia bekerja di Penang. Bukankah mustahil berulang-alik dengan kerap ke Muar?

Mungkin jangkaan Darwisya tidak tepat. Hakimi sememangnya hanya teman biasa dan bukan sesiapa yang terlalu istimewa di hatinya suatu masa dulu.

“Bukan. Sebenarnya saya nak tanya banyak benda kat awak. Siapa awak sebenarnya? Dulu kita rapat ke?” Akhirnya Darwisya mengajukan pertanyaan yang bersarang di hatinya. Persoalan itu harus terjawab. Dia tidak mahu membiarkan mindanya terus-terusan sakit membuat pelbagai telahan dan anggapan. Penjelasan lelaki itu amat penting bagi menjernihkan keadaan sebenar.

“Mahu ke Sya percaya?” Soal Hakimi.

“Saya mahukan penjelasan. Percaya atau tidak bukan masalahnya,” Agak tegas Darwisya menjawab.

Sikap gadis kesayangannya masih seperti dulu. Tegas dan tetap pada prinsip. Jarang sekali gadis pujaannya itu melanggar prinsip dan kehendak hatinya.

“I’m yours. You’re mine since 2007.” Ringkas. Tapi cukup menjawab persoalan dan pertanyaan Hakimi tadi.

“Tapi kenapa dalam diari tu, saya dan awak gaduh selalu? Kan awak ni playboy, macam mana saya boleh bercinta dengan playboy? Bila kita bercinta? Diari tahun 2005 tu tak ada pun tulis saya dan awak bercinta?” Begitu banyak soalan dilontarkan kepada Hakimi. Darwisya benar-benar butuh jawapan bagi semua soalan itu.

“Sayang… itu semua 5 tahun lalu. Semasa kita belajar di sekolah menengah. Mungkin Sya kenal Kimi melalui diari Sya. Mungkin Sya patut baca diari Sya sampai tahun 2010 baru Sya tahu siapa kita dan sejauh mana hubungan kita. Pasal playboy tu, Sya mungkin akan faham juga bila terus membaca.” Kini, Hakimi faham. Ammar Hakimi yang dikenali Darwisya adalah Ammar Hakimi di tahun 2005 berusia 16 tahun. Dan itupun melalui diari lama di zaman persekolahannya.

Terselit perasaan bersyukur kehadrat ilahi. Diari yang ditulis Darwisya rupa-rupanya membawa seribu hikmat kepada mereka. Jika tidak, pastinya Hakimi sukar untuk membuktikan kewujudan dirinya yang telah hadir dalam hidup Darwisya Qaisara sejak 7 tahun lalu. Nampaknya tidur Hakimi pastinya lena berulit mimpi indah. 

bersambung~

No comments: