Saturday, May 1, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 3



beep..beep..

1 message receive from Zarif


Mesej lantas dibaca oleh Darwisya. Sudah seminggu mereka tidak berhubung. Sejak Wadihah sembuh dan keluar dari wad, antara Darwisya dan Zarif tiada lagi pertemuan.

+hai sya. ape kabar?

-baik. awak?

+sy baik je. dah makan? jomlah. saya belanja.

-Ha? tapi sya dah janji dengan kawan-kawan nak keluar makan jap lagi.'

+Xpe.bawak je mereka sekali.

oho~
Darwisya sekadar membina helah sebenarnya. Tiada janji mahu makan bersama teman-teman serumah. Sekadar mereka cerita untuk mengelakkan pertemuan-pertemuan seterusnya. Inilah Darwisya Qaisara. Ibarat merpati. Mesra dilihat namun sukar didekati.


"Dear, Zarif ajak makan. Nak tak?" Darwisya mula berbasa basi. Di harapkan mereka tidak bersetuju dengan pelawaan tersebut.

"Ha? Jomlah. Aku nak sangat belanja Zarif. Nak ucap terima kasih banyak-banyak atas pertolongan dia dulu." Sungguh-sungguh Wadihah berkata-kata.

"Diha, aku tak ikut ea. Kau ajak yang lain lah. Mas, Dira dan Yan. Aku ada kerja nak buat," Darwisya mencari helah.

"Tak baik macam tu Sya. Dia banyak tolong kita. Jaga hati dia. Kali ni je okey. " Pujuk Diha.

Mahu tidak mahu Darwisya terpaksa bersetuju untuk turut serta bersama teman serumahnya keluar makan bersama Zarif. Sekadar menjaga hati Zarif yang sungguh-sungguh menghulur tangan pada mereka saat mereka memerlukan bantuan.

******


Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, mata Darwisya semakin layu. Dia sudahpun merebahkan badannya di tilam. Hampir-hampir sahaja terlelap.

Beep..Beep..

1 message receive from Zarif

'apa lagi lah mamat ni mahu.' Darwisya memaksa juga matanya untuk membaca mesej itu.

+Dah tido ke Sya?

-Hampir-hampir. Ada ape Zarif?

+Tak ada ape. Saje je.

-Dah jauh malam ni, Zarif x ngantuk ke?

+belum lagi. ok lah, good nite Sya.

mesej Zarif dibiarkan tanpa balasan. Inilah yang berlaku saban hari setelah beberapa pertemuan diatur antara mereka. Darwisya kurang selesa dengan kerenah Zarif. Tidak mahu dilayan khuatir dikatakan sombong. Dilayan khuatir semakin menjadi-jadi.

Kebiasaannya, hampir semua yang berlaku seharian dalam hidupnya akan diceritakan kepada Hakimi. Antara Hakimi dan Darwisya bukan sahaja sebagai sepasang kekasih, malah ibarat sahabat karib yang berkongsi pelbagai cerita. Namun, cerita tentang Zarif tidak diceritakan kepada Hakimi. Darwisya tidak mahu Hakimi tersalah anggap. Cerita antara Zarif dengannya dibiarkan berlalu bagai angin lalu. Sedang asyik berfikir, matanya semakin berat untuk dibuka dan akhirnya Darwisya terlelap juga walaupun sejenak tadi otaknnya ligat berfikir.

********

Panggilan dari Zarif Asyraf.

"Sya, kita jumpa. Ada hal yang perlu dibincangkan."Sapa Zarif tanpa sempat Darwisya memberi salam.

"Ha? Buat apa. Maaflah...Sya sibuk sangat ni. Ni baru on the way balik dari kelas. Belum pun sampai rumah." Jawab Darwisya. Sebenarnya Darwisya terkejut dengan panggilan ini. Entah apa yang dimahukan Zarif semakin menjadi tanda tanya di minda Darwisya. Langkah dipercepat agar segera tiba dirumah.

"Sya, Zarif tunggu Sya kat bawah blok." Sungguh-sungguh Zarif berkata tanpa langsung bertanyakan pendapat Darwisya.


Darwisya tiba di blok flat rumah sewanya bersama teman-teman. Sengaja Darwisya buat-buat tidak perasan dengan kehadiran kereta Proton Wira Aeroback milik Zarif.

"Sya. Tu Zarif kan?" Wadihah menyapa Darwisya.

"Ha? Yeke? Bukan kot." Sengaja Darwisya berkata begitu. Darwisya memang tidak mahu bertemu dengan Zarif. Zarif dilihat semakin menjadi-jadi. Tidak kira masa dan waktu, Zarif akan menghantar mesej. Tidak kira masa dan waktu Zarif akan menghubunginya walaupun cuma untuk bertanya khabar Sya.

"Darwisya Qaisara.." Panggil satu suara. Bila Darwisya memalingkan wajahnya, Zarif Asyraf kini dihadapannya.

"Diha, kalau i bawa Sya keluar sekejap boleh? Ada hal sikit dengan dia." Zarif seolah meminta izin dari Wadihah. Wadihah terkedu sebentar. Mungkin tidak tahu apakah yang harus dikatakannya. Hujung pangkal cerita tidak diketahuinya.

Darwisya akhirnya menurut jejak Zarif dan masuk ke tempat duduk sebelah pemandu.

'Apakah sebenarnya mahumu Zarif?'


_______________________

sori..
jap lagi humayra sambung k..
ira ada keje..

u guys bgitau ye kalau ira ada salah..atau cerita ni xsedap..
ira baru je berjinak2..

2 comments:

nabilah_2908 said...

hrumm...zarif dh jatuh cinta pada sya eh...? ;)

aYu said...

nabilah : emm..nak yg mcm tu ke?lum decide lagi..ehehe