Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Friday, May 7, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 9

Darwisya tersenyum mengenangkan kisah semalam. Selama mereka berdua bercinta, belum pernah wujud badai berpunca daripada orang ketiga. Namun kisah semalam buat cinta di hati Darwisya terukir semakin dalam. Ammar Hakimi yang dikenali bukan lah lelaki yang mudah cemburu. Rasa percaya sentiasa wujud di hatinya.

Darwisya ingat lagi. Di awal percintaan mereka, Darwisya pernah menangis kerana sedih mengenangkan Hakimi yang langsung tidak mengambil berat tentangnya. Lelaki ini terlalu mempercayai Darwisya sehingga membuatkan Si Gadis terasa tidak diambil berat.

"Sya nak keluar jap ea." Beritahu Darwisya setiap kali mahu keluar ke mana-mana.

"Ok. Hati-hati Sya." Itu sahaja jawapan Hakimi. Tiada langsung pertanyaan ke mana? Dengan siapa? Pulang jam berapa? Darwisya kerap terasa. Seolah-olah Hakimi tidak menyayanginya. Cinta Darwisya dibiarkan terbang tanpa tali yang mengikat. Darwisya berkecil hati.

Darwisya mahu Hakimi menyedari kehendak hati ini. Mencintai Hakimi bererti separuh dari dirinya telah dimiliki lelaki itu. Bukan mahukan kongkongan yang melampau. Tapi Darwisya mahukan perhatian. Selalunya, Darwisya yang lebih banyak bercerita tetapi Hakimi kurang gemar bertanya.

Darwisya pernah bertanya,

"Kimi tak mahu tahu langsung Sya nak ke mana? Even if Sya keluar dengan mana-mana lelaki pun Kimi tak mahu tahu? Kenapa Kimi tak pernah ambil tahu?" Inilah ayat yang pernah Darwisya Qaisara luahkan akibat tidak sanggup menahan sakit hati dengan sikap sambil lewa Hakimi.

"Kimi percayakan Sya. Sya mesti tak sanggup buat Kimi macam tu kan sayang? Laa..kenapa Sya marah-marah ni sayang?" Kimi sekadar membalas pertanyaan Darwisya dengan sebuah pertanyaan. Rasa percaya Kimi yang keterlaluan itu cuma akan merosakkan cinta hati Darwisya. Bagi Darwisya, itu bukan percaya. Tapi itu melepaskan Darwisya terbang sesuka hati.

Ya..
Darwisya tahu. Cinta itu ibarat pasir yang digenggam dijari. Terlalu kuat genggaman itu cuma akan membuatkan pasir itu sedikit demi sedikit hilang melalui celah-celah jari. Tapi, cinta yang dilepaskan pergi sepertinya buat Darwisya rasa kurang disayangi. Darwisya mahu rasa diambil berat. Bagi Darwisya, cinta Hakimi buatnya belum kukuh kerana itulah Hakimi bersifat begitu.


Namun kisah Darwisya dan Zarif berjaya mengubah persepsi Hakimi. Walaupun bila dikenang kembali saat dan detik itu diselubungi kesedihan, disebalik itu Darwisya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi. Kisah itu mengubah Hakimi. Hakimi kesayangannya bukan lagi kekasih yang melepaskannya terbang tanpa tali yang mengikat.

Darwisya masih ingat lagi ketika dia mahu keluar bersama adik-adiknya pagi tadi.

"Sya nak keluar ke mana sayang?"

"Ke bandar Muar je la. Lusa Sya dah balik Penang. Tak sempat bawa adik-adik jalan-jalan."

"Tapi kan bahaya Sya bawa budak-budak tu. Sya nak Kimi temankan ke? Nanti Kimi pinjam kereta ayah." Kimi benar-benar mengambil berat.

"Tak apelah Kimi. Sya dan adik-adik dah biasa dah naik bus. Ala..lagipun Izzah dah besar. Aman ada boleh tolong Sya jaga Izzah. Kesian la nak minta Kimi tolong. Semalam kita baru je keluar." Jawab Darwisya tulus. Darwisya adalah gadis yang 'independent'. Inilah kelebihan gadis sulung pasangan arwah Ahmad Zairi dan Jamilah. Hatinya cekal dan tabah. Dia bukan gadis yang terlalu bergantung hidup dengan orang lain. Darwisya tidak suka membiarkan dirinya menyusahkan orang lain. Seperti sudah menjadi prinsip hidupnya begitu.

Hakimi masih ingat lagi ketika ayah Darwisya pergi meninggalkan dunia fana ini. Darwisya yang dalam kesedihan bertungkus lumus menyelesaikan semua urusan pengebumian. Berhubung dengan hospital, pendaftaran termasuk penggali kubur. Kesedihan dan air mata tidak membantutkan rasa tanggungjawab yang seharusnya wajib ditunaikan sebagai anak sulung. Hakimi selalu bangga punya kekasih seperti Darwisya Qaisara.

"Yelah Darwisya Qaisara sayang... Apa-apapun Sya hati-hati ya. Kalau ada apa-apa hal nanti, Sya bagitahu Kimi ok? Sementara Sya ada kat sini dan Kimi pun ada kat Muar ni lah Kimi boleh bantu. Kalau Kimi dah balik JB dan Sya dah balik Penang, susahlah Kimi nak bantu Sya. Huhuhuhu" Kata Kimi.

 Hakimi benar-benar berubah. Darwisya berharap perubahan itu bukanlah sementara. Benar kata pepatah, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

'Moga cinta sampai ke syurga' Bisik hati Darwisya Qaisara.


***

kawan2 tlg la komen n beri idea ye...

thank u so much sbb sudi baca cerita ni..

No comments: