Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Tuesday, May 25, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 26

Ibu, adik-adik serta sanak saudara Darwisya telah tiba di hospital. Masing-masing menanti kata putus doktor mengenai kondisi Darwisya. Hakimi tidak putus-putus melafaz doa di sudut hatinya. Bibirnya tidak lekang dengan kalimat-kalimat Allah. Mengharap dan memohon simpati Tuhan Yang Maha Pengasih. Semoga kekasihnya diberikan kesihatan.




Doktor keluar dari bilik yang menempatkan Darwisya Qaisara.



“Assalamualaikum,” Ujar doktor. Ucapan salam berbalas oleh sanak saudara Darwisya yang setia menanti sejak tadi.



“Macam mana anak saya doktor?” Tanya ibu Darwisya dengan nada sarat dengan cemas.



“Untuk makluman semua, Darwisya Qaisara sudah pun sedar. Tetapi, kondisi dalam keadaan yang sangat lemah dan mungkin mindanya sedikit terganggu akibat hentakan yang terlalu kuat. Jadi, kalian semua beri peluang dia berehat dan insya allah dalam sedikit tempoh masa, dia akan sihat semula seperti sedia kala. Pakar dah sahkan tiada pendarahan di otaknya tetapi sedikit gegaran sahaja yang mungkin mengganggu fungsi sarafnya.” Jelas doktor yang merawat Darwisya.



“Alhamdulillah. Terima kasih doktor.” Ujar ibu Darwisya. Air mata bergenang tanda kegembiraan seorang ibu.



Hakimi yang mendengar penjelasan doktor lantas mengucapkan puji pujian kepada tuhan yang memakbulkan doanya. Bibirnya sudah mampu mengukir senyuman.



‘Sya, Kimi tak sabar nak jumpa Sya.’ Desir hatinya.



Tika itu, seorang demi seorang diberi peluang masuk bergilir-gilir untuk bertemu dengan Darwisya. Hakimi bergegas ke surau berdekatan sementara memberi peluang kepada sanak saudara Darwisya melawat kekasihnya. Hakimi mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Solat Magrib didirikan. Usai solat maghrib, dia mengerjakan solat sunat hajat dan berteleku di atas tikar sejadah memohon dengan bersungguh-sungguh agar Allah memberi kesihatan kepada Darwisya Qaisara.





“Abang, Ibu suruh abang jumpa Kak Sya,” Ujar Aman yang muncul di belakang Hakimi.



“Semua dah jumpa kakak ke? Abang takut mengganggu saudara-mara Aman je,” Kata Hakimi risau.



“Semua dah jumpa. Ibu kata, Akak Sya asyik Tanya mana Abang Kimi je,” Kata Aman.



Hakimi lekas menyarung sepatunya. Kemeja biru yang dipakai sejak pulang dari kerja masih terlekat dibadan. Hakimi tidak sabar untuk bertemu kekasih hatinya.



“Kimi, tadi Sya tanya mana Kimi. Kimi jumpalah dia.” Ujar ibu Darwisya.



Hakimi mengagguk. Pintu bilik Darwisya dikuak perlahan. Langkah di atur kemas menuju kerusi bersebelahan katil tempat Darwisya berbaring.



“Assalamualaikum Sya,” Ucap Hakimi lembut.



“Waalaikumussalam. Awak siapa?” Tanya Darwisya dalam keadaan lemah. Namun riak pelik terpancar jelas diwajahnya.



Reaksi itu sukar diterima oleh Hakimi.



“Sya, jangan main-main saying. Ni Kimi. Sya nak jumpa Kimi kan sayang?” Kata Hakimi sedikit cemas. Hanya tuhan yang tahu gelodak hati Hakimi saat itu. Mindanya tertekan.



“Oh, awak Hakimi ye? Terima kasih awak. Sebab tolong saya. Saya dengar suara lelaki bernama Hakimi sepanjang lelap saya. Saya dah sesat jauh. Tapi, suara lelaki bernama Hakimi yang pimpin saya pulang,” Ucap Darwisya tulus. Nada suaranya sedikit perlahan. Namun masih jelas di telinga Hakimi.



Hakimi tunduk. Matanya bergenang air hangat. Namun, cepat-cepat ditahan emosi kecewa itu dari menyelubungi dirinya. Hakimi sudah faham. Darwisya tidak mengingatinya. Memori bersama Hakimi tidak wujud dalam kotak minda gadis dihadapannya. Bagi gadir itu, Hakimi cuma dikenali menerusi mimpi-mimpinya.



Hakimi tidak boleh terlalu beremosi. Jiwa Darwisya harus tenang. Dia tidak mahu mengusutkan fikiran Darwisya.



“Awak, kenapa awak sedih?” Tanya Darwisya perlahan. Lelaki bernama Hakimi di sisinya tertunduk sayu.



Siapakah lelaki ini?



Mengapa aku tenang saat dia di sisi?



Mengapa aku sedih saat melihat dia bersedih?



Minda Darwisya mencongak jawapan bagi semua persoalan yang menjengah pemikiran saat itu. Seingat Darwisya, dia tidak mengenali lelaki bermata sepet dan berkulit sawo matang di hadapannya. Tetapi hatinya terasa seolah pernah memiliki lelaki itu. Wajah lelaki itu seolah menjadi wajah yang dirindui. Nama lelaki itu seolah lancar berlagu dibibirnya.



*******************************************************

bersambung....

Sunday, May 23, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 25

"Kimi, makcik nak balik ni." Kata ibu Darwisya.


"Em..makcik balik lah dengan Aman ya." Kata Hakimi.


"Eh, biar Aman jaga Sya. Kimi kan baru balik kerja. Penat tu," Kata ibu Darwisya lembut.


"Tak apa makcik. Saya ok. Dah sebulan dah tak jumpa Sya, biarlah harini saya yang jaga dia," Jawab Hakimi tulus.


Hakimi mahu menemani Darwisya. Walaupun Darwisya hanya diam kaku tanpa bicara. Hakimi tetap mahu berbuat begitu.


"Baiklah, sekejap lagi lepas Aman hantar makcik balik, dia ke mari ya. Tak manis pulak kalau kau jaga Sya semalaman." Kata ibu Darwisya.


Benar juga. Hakimi dan Darwisya tiada ikatan sah yang membolehkan dia berbuat demikian.

Hakimi mengangguk.

Pintu bilik Darwisya ditolak perlahan. Dia mengambil tempat dikerusi bersebelahan katil Darwisya. Gadis kesayangannya yang sedang terbaring lesu ditatap dalam-dalam. Jemari Darwisya dicapai lalu digenggam erat. Dalam hatinya tidak putus berdoa agar Darwisya segera tersedar dari koma.


"Sya...Kimi minta maaf atas salah silap Kimi selama ni. Sya bangun lah sayang." Ucap Hakimi.


Sekalipun ucapan maafnya tidak berbalas. Hakimi tetap mahu terus berkata-kata. Walaupun tidak pasti samada Darwisya mendengarnya ataupun tidak, Hakimi tetap mahu mencuba.


"Sya...Sya kena sihat cepat. Lepas ni kita kahwin ya.. Kimi tak mahu tunggu-tunggu lagi." Sungguh-sungguh Kimi berkata-kata.


"Kimi mahu Sya bahagia di sisi Kimi. Kimi mahu kita bina syurga dalam rumahtangga kita nanti. Sya jangan macam ni sayang. Sya ingat janji Kimi kan. Kimi nak bawa cinta kita sampai ke syurga," Ucap Hakimi dengan nada perlahan namun cukup mengharukan.

Jari jemari halus Darwisya dikucup perlahan.

Wajah Darwisya ditatap.

Tiba-tiba...

Setitis air mata gugur dari pelupuk mata Darwisya.


"Sya...jangan menangis sayang.." Air hangat yang mengalir diusap perlahan oleh Hakimi.


Hakimi sebak. Dia berjalan keluar dari bilik Darwisya.


"Eh Aman. Dah sampai dah ke?" Tanya Hakimi. Tatkala pintu wad dikuak, Aman dilihat sedang duduk di bangku tempat menunggu.


"Em..dah. Saja tak mahu ganggu Abang." Jawab Aman.Adik Darwisya baru berumur 16 tahun, namun dia cukup matang saat berbicara.





"Em..Abang rasa bersalah sangat.." Entah mengapa ucapan itu terpacul dari bibir Hakimi.



"Kenapa pulak? Sebab Kak Sya nampak abang dengan perempuan tu ke?" Tanya Aman. Masih terbayang kesedihan kakaknya tatkala panorama di kedai emas menjengah ingatannya.


"Ha? Perempuan mana ni Aman?" Tanya Hakimi pelik.


"hm...Masa kat Mahkota Parade Ahad lepas tu. Kami tengok wayang kat sana dengan ibu dan Izzah sekali. Masa jalan-jalan nampak Abang Kimi dengan siapa entah kat kedai emas." Terang Aman.


"Ya Allah...patutlah kakak Aman marah sangat kat abang...Abang cari cincin untuk kak Sya masa tu. Minta kawan ofis abang temankan. Tak sangka Kak Sya nampak. Kalau Aman tak cakap, abang memang tak tahu kenapa kak Sya marah sangat." Terang Hakimi.


"Nanti Kak Sya dah sihat, Abang Kimi bincanglah ya." Kata Aman.


"Insya allah.. Abang harap sangat Kak Sya cepat sembuh." Jawab Hakimi. 


Aman masuk menjengah kakaknya.


Hakimi bersandar. Mindanya bercelaru. Jiwanya dihimpit resah.


"Bang! Kak Sya panggil abang!" Panggil Aman tiba-tiba dengan nada separa menjerit.

Hakimi bereaksi pelik.


"Kak Sya dah sedar ke?" tanya Hakimi sambil berlari anak menuju ke arah Darwisya.


"Sya...Sya dah sedar ke sayang..." Tanya Hakimi lembut. Jari Darwisya digenggam. Bibir Darwisya dilihat terkumat kamit menyebut namanya. Hakimi diburu rasa terharu.


"Aman pergi panggil doktor jap," Kata Aman sambil berlari anak.


Mata Darwisya perlahan-lahan terbuka. Genggaman Hakimi berbalas. Namun cuma seketika. Doktor dan dua orang jururawat berpusu-pusu masuk ke wad Darwisya. Hakimi dan Aman diminta keluar sebentar.

'Ya Allah...Selamatkan dia Ya Allah. Berikan sedikit kekuatan untuk dia mengharungi kesukaran ini,' Doa Hakimi di sudut hatinya.


*******************************************


oK..
benti sekejap.
mungkin lama juga.
sbb penulis ada hal.
ada idea nak sambung..sila-sila lah kongsi.

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 24

Sudah hampir 2 hari mesej Hakimi tidak berbalas. Panggilan juga hanya memasuki peti simpanan suara. Hakimi semakin tidak betah diam. Pulang dari tempat kerja, Hakimi terus menuju ke kediaman Darwisya. Hakimi nekad untuk berbincang hari itu juga. Darwisya harus ditemui.


'Your silence is killing me sayang..' Desis hati Hakimi.


Kereta memasuki ruang laman rumah Darwisya.


Salam diucapkan. Adik Darwisya, Aman muncul di muka pintu rumah. Dengan ramah, Hakimi menghulur salam.


"Eh abang Kimi. Kak Sya tak ada lah. Dia masih di hospital. Maaf lah tak dapat beritahu. Handset kakak dah tak boleh on," Jelas Aman.


"Ha? Kakak kat hospital?" Hakimi diam sejenak. Cuba mentafsir kata-kata Aman. Dia keliru. Apakah Darwisya berada di hospital akibat sakit ataupun sekadar melawat teman-teman atau saudara yang sakit.


"Yalah. Dua hari lepas akak kemalangan. Kat Tanjung Agas. Masa on the way balik kerja" Ringkas tapi cukup membuat mata Hakimi berpinar. Pandangannya kabur. Namun dia tidak harus rebah saat itu. Dia harus kuat.


"Aman, teman abang boleh?" Hakimi mengajak.


"Boleh. Sebab Aman memang nak ke hospital jap lagi. Nak tukar dengan ibu jaga kakak" Jawab Aman bersetuju.



*****************************


Langkah kaki diatur memasuki ruang ICU Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Kata Aman, di sinilah Darwisya ditempatkan. Hakimi melangkah laju.

"Man, teruk sangat ke sampai masuk ICU ni?" Tanya Hakimi resah.

"Akak masih tak sedarkan diri. Doktor kata hentakan di kepala dan dada terlalu kuat kena kat stereng. Sama-sama lah kita doakan akak." Ucap Aman tenang.

"24 jam lepas akak dalam keadaan kritikal. Tapi syukurlah akak dah melepasi tahap itu. Ibu tak sudah-sudah buat solat hajat. Sekarang nak tunggu akak sedar pulak." Sambungnya.

Langkah Hakimi kian longlai tatkala mendengar penjelasan Aman.


"Lagi doktor cakap apa?" Hakimi masih bertanya walaupun amat terkejut dengan jawapan tadi.


"Kalau akak masih tak sedar harini, ada kemungkinan pendarahan kat otak. Jadi risiko untuk hilang ingatan amat tinggi," Jelas Aman perlahan-lahan.


"Ha? Ya Allah...." Hanya itu sahaja perkataan yang berupaya diucapkan saat itu. Wajahnya diraub dengan tangannya. Hati lelakinya menangis mengenangkan Darwisya.


'Darwisya Qaisara. Sabar sayang...Kimi datang ni...' Kata hati Hakimi.


*******************************


"Assalamualaikum ibu." Ucap Aman kepada ibunya yang sedang duduk di luar bilik Darwisya. Mata ibu merah dan agak berair. Mungkin sedih mengenangkan anaknya terbaring lesu.


"Waalaikumussalam. Hakimi pun ada?" Wajah ibu tersenyum melihat kehadiran Hakimi.


"Haritu mesti Sya tak sempat jumpa Kimi kan? Sebab dia ada call makcik. Dia kata nak jumpa Kimi kat Tanjung Emas. Tapi tiba-tiba dapat call kata Sya kat wad," Jelas ibu Darwisya satu persatu.


Rasa bersalah semakin memagut hatinya saat ini. Hakimi terasa kerdil saat itu. Hakimi sudah banyak berprasangka buruk terhadap Darwisya kesayangannya.


Kimi hanya diam dan tersenyum pudar.


"Kenapa makcik tak masuk dalam?" Giliran Hakimi bertanya.


"Tadi Sya meracau. Dia sebut nama Kimi. Makcik ingat dia dah sedar. Makcik panggil doktor. Dia tengah periksa. Kejap lagi kita dengar apa kata doktor." Jelas ibu Darwisya.


Cermin jernih yang memberi ruang kepada tetamu di luar bilik Darwisya dijengah oleh Hakimi. Wajah kesayangannya dilihat dari jauh. Darwisya diam tidak berkutik walau sedikitpun. Kiri dan kanan tangannya berwayar malah Darwisya turut memerlukan bantuan oksigen. Itu menggambarkan keseriusan kondisinya.


Setitis..


Dua titis..


Air mata lelaki Hakimi gugur.


+++++++++++


Sambung lagi..hehehe


sorilah penulis sedang tak sihat..
updatenya pun ringkas je..

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 23

Selera makan Darwisya seolah terpadam tengahari itu. Teman-teman sepejabat mengajaknya keluar makan, tetapi perutnya seolah kenyang. Semasa rakan-rakan sepejabat keluar rehat, Darwisya bingkas bangun menuju ke surau yang terletak tidak disebelah syarikat tempatnya bekerja.

Usai solat zuhur, Darwisya melangkah kembali ke pejabat. Dia berkira-kira mahu menyiapkan kerja tadi yang masih berbaki. Walaupun dirundung masalah peribadi, Darwisya tetap profesional dalam menjalankan tugasnya. Masalah yang membelenggu diri tidak dibiarkan sama sekali merosakkan mood bekerjanya.

Leka menyiapkan tugas-tugasnya, jam sudahpun merangkak menghampiri angka 5. Sebentar lagi waktu kerja hampir tamat. Darwisya sudah pun mengemas mejanya. Kertas-kertas yang tidak digunakan dimasukkan ke dalam bakul sampah. Semasa mengemas, frame gambar yang terletak disudut meja kerjanya mencuri tumpuannya. Hakimi! Darwisya hampir terlupa tentang ajakan Hakimi petang itu.

Tangannya semakin ligat mengemas. Walaupun sedih dan marah masih lagi bertapak dihatinya, Hakimi tetap mahu ditemui. Wajah kesayangan itu mahu ditatapi. Sebulan sudah mereka tidak bertemu. Rasa marah dan terluka dihati Darwisya kian bercampur dengan rasa rindu.

*******************

Kereta dipandu sederhana laju menuju jalan pulang ke Muar. Awal-awal lagi Darwisya sudah menghubungi ibunya bagi memaklumkan kelewatannya pulang ke rumah petang itu. Dia mahu bertemu empat mata dengan Hakimi.

Sedang asyik fokus pada pemanduannya, perut Darwisya rasa tidak enak. Entah mengapa rasa mencucuk dibahagian abdomen semakin menjadi-jadi. Ulu hatinya pedih teramat. Kesakitan cuba ditahan lagi.


'Sya kena jumpa Kimi juga..' Desis hatinya.

Akibat terlalu sakit, Darwisya memilih alternatif berhenti di bahu jalan. Beberapa kilometer sahaja lagi dia akan tiba di Bandar Muar.

Stereng kereta diputarkan ke arah kiri jalan. Kesakitan yang menjalar disegenap bahagian abdomennya membuatnya hilang arah. Kereta yang dipandu Darwisya terbabas menghentam 'devider' jalan.

Dalam keadaan separuh sedar, tangan Hakimi seolah dirasakan sedang memapahnya yang sedang jatuh tersungkur. Hakimi membantunya untuk bangun.

Namun itu cuma halusinasi Darwisya.


Darwisya tidak sedarkan diri.


Dengan bantuan orang ramai yang melihat kemalangan itu, Darwisya di bawa ke hospital dengan segera. Tubuh kecil Darwisya diusung menuju ke bahagian kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Hentakan di kepalanya dan dadanya yang terhantuk di stereng menyebabkan dia tidak sedarkan diri.


***********************************


Hakimi mundar mandir di sisi keretanya. Jiwanya dipagut resah gelisah. Penantiannya terasa lelah. Sudah acap kali telefon bimbit milik Darwisya dihubunginya. Namun tetap hampa. Tiada jawapan.


'Marah sangat ke Sya sampai dah tak sudi jumpa Kimi,' Bicara hati Hakimi.


Waktu Magrib sudah pun hampir tiba. Hakimi membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Niat hati untuk bertemu empat mata dengan si jantung hati tinggal harapan. Hasrat hati untuk berdamai dan kembali menyemai cinta tidak kesampaian.

Hakimi memandu dengan penuh rasa sebal dan kecewa di hatinya.


'Sampai hati Sya buat Kimi macam ni.' Kata hati kecilnya.


Minda Hakimi semakin ligat mentafsir semua yang terjadi.


'Apakah terlalu besar silap Kimi hinggakan Sya sanggup biar Kimi tertunggu-tunggu macam ni?' Hati Hakimi seolah merintih dan merayu.


***************************************



sambung yaa...

Saturday, May 22, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 22

"Cincin ni cantik Mi. Lagipun kau kata girlfriend kau suka kat diamond kan?" Syaza menunjukkan sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian. Rekabentuknya tidaklah terlalu sarat. Cukup ringkas tetapi cantik dipandang. Hakimi membayangkan jari manis Darwisya yang bakal tersarung cincin diamond ini.

"Em..Cuba kau test." Ujar Hakimi minta kepastian. Syaza meminta saiz 9 untuk cubaan menyarung cincin itu.

"Em..Ok.. Miss, Saya ambil yang ni," Ujar Hakimi kepada salesgirl di kedai terbabit.

Usai membuat bayaran, cincin tersebut diisi didalam bekas kecil jenis baldu berbentuk hati. Hakimi memandang sekali lagi cincin itu sebelum diisi semula dalam beg kertas.

'Cincin ni tak mahal mana Sya, tapi Kimi harap Sya sudi terima." Bisik hati Hakimi. Gadis pujaan hatinya ini ingin segera dilamar.

"Oi Mi. Kau berangan lak kat sini. Dah lah jom, aku lapar. Aku dah tolong kau, so, silalah membalas budi ye encik Hakimi," Kata Syaza lantang berbicara.

"Baik tuan puteri. Patik turuti. Syaza, thanks kawan sebab tolong aku. Kalau aku pergi beli seorang diri alamat mati kutu laa..Benda-benda hadiah ni mana la reti." Kata Hakimi jujur.

"Ha? Apalah kau ni Mi. Selama bertahun-tahun kau bercinta tu tak ada ke kau bagi dia cincin atau apa-apa barang kemas?" Tanya Syaza dengan reaksi tidak puas hati.

"Tak. Hehehe.. Pernah kasi jam tangan je." Jawab Hakimi jujur. Istilah romantis amat kurang dipraktiskan dalam diri Hakimi.

"Ya Allah...Tak romantik kawan aku ni. Sya tak marah? Beruntung badan kau bercinta dengan dia. Tak keluar duit pun ek. Kalau aku, kering kocek lelaki aku kerjakan," Ujar Syaza sambil ketawa.

"Dia tak marah pun. Perlu ke romantik-romantik? Hadiah-hadiah dan bunga-bunga tu perlu ke? Bukan boleh buat makan pun." Tanya Hakimi telus.

"Bukan lah wajib. Tetapi wanita rasa dihargai saat kekasihnya menghulurkan hadiah walaupun cuma sebiji gula-gula. Penghargaan kan perlu." Jelas Syaza tulus. Syaza bercakap dari sudut kaca mata  wanita.


Penjelasan Syaza buat mata hati Hakimi terbuka. Selama hampir 4 tahun menyulam kasih, gadis kecintaannya itu jarang diberikan hadiah. Bila tiba hari lahir Darwisya, Hakimi sekadar menghadiahkan coklat dan menyambutnya di mana-mana restoran tanpa hadiah mahupun jambangan bunga. Mungkin faktor kewangan dan masih belajar menyebabkan Hakimi tidak betah berbuat demikian.


*************************************


"Assalamualaikum Sya." Sapa Hakimi. Hakimi menghubungi Darwisya setelah dipastikan bunga yang dikirim semalam telah sampai ke tangan si jantung hati.

"Waalaikumussalam." Jawab Darwisya tegang.

'Tadi kasi bunga, sekarang call pulak.' Desis hati Darwisya.

"Dah dapat bunga yang Kimi kirimkan?" Tanya Hakimi lembut.

"Buat apa Kimi membazir? Untuk tutup bangkai ke Kimi?" Jawapan Darwisya berbaur sindiran.

Namun jauh disudut hatinya dia amat bersyukur kerana Hakimi masih sudi menghubunginya setelah sebulan diam tanpa secebis bicara.

"Kenapa Sya cakap macam tu? Sebab Kimi tak layan Sya dah sebulan ya?" Tanya Hakimi.

Persoalan hakimi dibiarkan sepi tanpa jawapan.

'Kenapa Kimi macam rasa diri tak bersalah langsung?' Tanya hati Darwisya. Tapi cuma dalam hati. Dia tidak pasti haruskah dia bertanya.

"Maafkan Kimi Sya. Kimi bersalah." Pinta Hakimi tulus.

"Sya nak pergi kerja. Lain kali je lah berbual panjang," Bicara Darwisya.

"Petang ni Kimi tunggu kat Tanjung Emas. Sya datang ya?" Hakimi ikhlas mengajak buah hatinya bertemu. Kekusutan harus dileraikan. Kemaafan harus dipinta dari Darwisya. Hakimi sedar, tembok curiga buat segalanya haru biru. Hakimi tahu, dia bersalah kerana menghukum Darwisya sebelum meminta penjelasan kekasihnya. Hakimi buta dengan cemburunya.

Namun Hakimi tertanya-tanya.

'Bangkai apa yang dimaksudkan oleh Sya?' Tanya hatinya.

Mindanya mencerna satu persatu.


******************************

update sikit je..
sibuk sikit..

nntikan lagi yew..

Friday, May 21, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 21

"Syaza, jari manis kau saiz berapa?" Tanya Hakimi pada Syaza, teman sepejabatnya.

"Saiz aku kecik la..Saiz 9." Jawab Syaza yang bertumbuh kecil persis Darwisya Qaisara.

"Ha...agak dah.. Jom teman aku beli cincin. Nak bagi kat bakal isteri.." Ajak Hakimi. Syaza merupakan temannya yang easy going, ajakannya berhasil. 

"Ok.Ahad nanti k. Kat mana? Kat Melaka la. Aku malas nak turun Muar." Ujar Syaza yang tinggal di Bandaraya Melaka.

"Baik Tuan Puteri. Apa saja asalkan kau sudi nak bantu aku." Jawab Hakimi bersetuju dengan permintaan Syaza.

"Kau nak tunang ke Mi? Bagus lah. Awek kau comel sangat. Bahaya biar lama-lama." Kata Syaza mengusik.

Dia nekad untuk melamar Darwisya.


Hakimi menyambung kerja-kerja melakar pelan binaan untuk projek baru syarikatnya. Tangannya terhenti. Fikirannya menerawang memikirkan petang semalam.



 ***********************

Usai kerja-kerja memantau tapak projek, Hakimi menuju ke MC Donald berdekatan. Perutnya terasa lapar dan minta diisi segera sebelum lagu keroncong semakin kuat berkumandang. Set Fillet O Fish jadi pilihan hati. Dia mengambil tempat di penjuru ruang restoran. Sengaja memilih port itu kerana dia mahu sendiri. Seorang wanita duduk bertentangan meja dengannya. Bertudung gaya ekin dan berbaju ala-ala jubah. Wanita itu memandangnya lama-lama lalu mengundang rasa cemas dan tidak selesa dihati Hakimi. Namun, dia sekadar membiarkannya dan terus menikmati rasa makanan di hadapan matanya. Alhamdulillah..perut lapar yang minta diisi sudahpun diam tanpa keroncong.

"Assalamualaikum," Satu suara menyapa.

"Waalaikummusalam." jawab Hakimi. Wanita berjubah moden yang dilihat tadi kini di depan matanya.

"Boleh saya duduk sini Encik.." Tanya si gadis.

"Err..Sila.." Hakimi mengizinkannya. Hatinya mengundang tanya.

"Encik ni buah hati Darwisya kan?" Tanya wanita bertubuh langsing berusia akhir 20-an itu.

"Ha? Awak sapa? Kenal Sya? Kenal saya?" Bertalu-talu soalan buat gadis itu.

"Salam perkenalan. Saya Aina..Aina Zulaikha. Bos Sya cum isteri Zarif Asyraf." Jelas Aina. Hakimi dipagut terkejut dengan penerangan Aina.

"Ha? Untuk apa jumpa saya?" Tanya Hakimi berbaur serius.

"Untuk ucapkan tahniah buat awak kerana memiliki Sya. She's very nice." Ucap Aina sambil tersenyum.

"Kenapa awak cakap macam tu? Sedangkan Sya dah pun curang dengan saya. Bercinta dengan suami awak. Cakap tak suka..tapi berjumpa juga." Serius Hakimi berbicara. Babak-babak drama di Kopitiam berulang tayang mengundang amarah di hati. Namun emosi dikawal serta merta dengan ungkapan 'Astagfirullahalazim..'.

"Patutlah Sya nampak tak bermaya kat office. Bila saya tanya dia cakap tak ada apa-apa. Rupanya buah hatinya bawa diri." Sindir Aina.

"Kenapa awak macam tak kisah je? Zarif dengan Sya. Awak langsung tak kisah?" Hakimi bereaksi pelik. Suami Aina berhubungan dengan wanita lain dan Aina menunjukkan reaksi tenang, sudah tentu situasi begitu mengundang rasa pelik di hati Hakimi.

"Isteri mana yang mahu dibahagikan kasih... Namun, demi kebahagiaan Zarif. Saya relakan. Tapi Sya sungguh suci hatinya. Katanya, Zarif bukan untuk Darwisya Qaisara. Tapi untuk Aina Zulaikha." Aina menarik nafas dalam-dalam.

"Tanpa pengetahuan saya, Sya dan Zarif berjumpa. Dan pertemuan yang dirancang itu menjadi titik tolak perubahan dalam diri Zarif. Entah apa yang dikatakan Sya pada Zarif tu saya tak tahu tapi Zarif benar-benar jauh berubah. Bukan lagi lelaki yang dalam tidurnya hanya menyebut nama Sya..." Jelas Aina Zulaikha.

Hakimi terkedu. Jiwanya diundang rasa resah dan bersalah. Mindanya mencerna hukuman yang dilempar buat Darwisya. Sudah lebih sebulan Darwisya dibiarkan sepi. Satu panggilan pun tak pernah dijawab. Semua SMS dibiarkan tanpa balasan.

'Ya Allah...Apa aku dah buat ni...' Rintih hati Hakimi.

"Saya tak tahu apa sangkaan awak pada Sya. Tapi yang pasti...hargailah Sya. Sebab dia wanita yang setia dan bakal menjadi seorang isteri yang baik.. Sampai sini je lah. Saya minta diri. Nak kena ambil anak kat nursery..Assalamualaikum," Ucap Aina dan berlalu pergi tanpa sempat Hakimi menjawab salam wanita itu.



****************************

peace*

hehe..
sambung lagi yew..

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 20

Jam sudah pun menunjukkan pukul 2 pagi. Ibu dan adik-adik Darwisya sudahpun melayari alam mimpi mereka. Namun Darwisya masih tidak mampu lelap. Kisah petang di Mahkota Parade masih lagi berulang tayang di ruangan mata dan mindanya. Hakimi si jantung hati berdua-duaan bersama seorang gadis di kedai emas. Minda dan hati Darwisya sama-sama mencerna situasi tadi. Dia cuba optimis apabila mengenangkan panorama tidak enak yang telah ditontonnya tadi, pesimis tetap muncul. Mindanya tidak mampu berbaik sangka. Tanpa diduga, sendu Darwisya pun bermula.

"Tuhanku...Bersama Mu tidak ada jalan buntu.."

Sepotong bicara indah ini bagai berbisik dikamar hati Darwisya. Darwisya ingat lagi kata indah ini ditemui ketika membaca sebuah naskah buku bertajuk ' Di Dunia Ada Syurga'. Sendunya terhenti serta merta. Darwisya menuju ke bilik air. Paip air dibuka lalu dia mengangkat wudhu.

'Ya Allah..Bantulah hamba-Mu yang lemah ini...' Bisik hati kecilnya. Ujian ini harus dilalui dengan redha dan tawakkal. Telekung putih bersulam bunga kecil di sarung ke tubuh. Solat tahajjud dan istikharah mengisi sepertiga malam itu. Kepada Allah Darwisya meminta dengan sesungguhnya.

'Ya Allah..Seandainya dia jodohku... Dekat kan kami di jalan redha-Mu.. Seandainya dia bukan ditakdirkan sebagai teman hidupku, jangan kau biar cinta ini terus menjalar hingga aku melupakan cinta hakiki dan rindu abadi hanya buat-Mu.' Bingkis doa ini menjadi potongan doanya dihening pagi itu.


Tahajjud di sepertiga malam itu membawa menyebarkan ketenangan dalam diri yang dicari tadi. Takdir Allah akan dilalui dengan redha tanpa lelah. Darwisya menyerahkan soal jodohnya bulat-bulat kepada Allah. Seandainya Hakimi bukan miliknya, lelaki yang dicintai hampir 4 tahun itu tidak akan dibenci namun Darwisya nekad mahu melihat Hakimi bahagia. Allah pasti tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya ini.


**************************

Pagi Isnin ini dilalui dengan tenang. Kisah semalam dibiarkan bagai angin lalu.

"Kakak, mari teman ibu sarapan." Ajak ibu.

"Iyelah Ibu. Akak teman ye. Ibu buat sarapan apa ya?" Soal Darwisya cuba beramah.

"Nasi goreng. Alaa..yang macam ibu masak masa Kimi datang haritu," Jawab ibu.

Air muka Darwisya berubah keruh. Nama itu mengundang pilu dihati kecilnya. Namun, kekeruhan hatinya dibalut kemas agar tidak terpancar di pandangan ibu. Darwisya melemparkan senyum walaupun sukar sekali untuk dia mengukirnya.

"Assalamualaikum...Assalamualaikum.." Satu suara memberi salam mengganggu tumpuan mereka di ruang makan. Darwisya bangun dan menuju ke pintu hadapan rumahnya.

"Ya dik?" Seorang lelaki muda belia berusia akhir belasan tahun terpacul di depan pintu tatkala Darwisya membuka pintu rumahnya.

"Saya cari Darwisya Qaisara Ahmad Zairi. Akak ke?" Tanya lelaki itu.

"Ya, saya..Ada apa dik?" Tanya Darwisya musykil.

"Sebentar ya Kak. Ada kiriman buat akak. Sekajap saya amik dalam kereta." Lelaki muda itu lantas berlari anak menuju ke kereta kancil berwarna kelabu yang dipandunya. Sejambak bunga ros putih diselang selikan dengan ros merah diserahkan kepada Darwisya. Tangan Darwisya kaku. Tidak tahu mahu disambut ataupun tidak.

"Kak..jambangan bunga ni kiriman buat akak. Ambillah." Ujar lelaki muda itu. Darwisya terpana. Ros sememangnya bunga yang sangat-sangat disukainya. Jambangan bunga disambut.

"Kak, tandatangan kat sini ya?" Ucap lelaki penghantar tadi.

"Ya.. Thanks dik. tapi boleh akak tahu siapa yang kirimkan?" Tanya Darwisya. Darwisya tiba-tiba terfikir.

"Dari Encik Ammar," Jawab lelaki itu.


******************************

Putih,

Cinta sejati kita kan ku bawa sampai ke syurga...

Merah,

Kasih yang membara di hati ini tak akan pernah padam...

Salam Cinta dari Kimi.

Nota cinta itu di baca oleh Darwisya. Jambangan bunga dan nota cinta itu buat hati wanitanya berombak bahagia. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum.

'Masihkan ada ruang di sudut hati Kimi buat Sya?' Hati kecilnya bertanya.


===============

sambung ya..


Tamat 2 paper.

ade lagi 1 paper menanti.wish me luck ya readers..
 
 

Sunday, May 16, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 19

Ahad ini, genaplah sebulan hubungan mereka hambar. Semuanya bermula malam itu. Setiap kali Darwisya mencuri masa untuk bertanyakan tentang punca dia berubah sikap, setiap kali itu juga lah Hakimi akan memberi alasan. Sibuk. Sibuk. dan Sibuk. Seolah tiada seminit pun masa yang diperuntukan buat Darwisya.

Darwisya hampa.

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu

Alunan sepotong lirik lagu Siti Nurhaliza yang sedang bermain di Winamp laptop Darwisya entah mengapa memecahkan tabung air matanya. Sungguhpun Hakimi tidak pernah memarahi dirinya, hati Darwisya seolah merasakan Hakimi semakin jauh darinya. Entah apa dan di mana silapnya Darwisya tidak tahu.

+Sya ada buat salah ke kat kat Kimi?

Inilah sepotong ayat SMS yang tidak jemu dihantar buat Hakimi sejak sebulan lepas. Namun SMS ini tetap tidak pernah mendapat jawapan. Seolah SMS daripada Darwisya Qaisara tidak langsung memberi makna buat Hakimi.

****************************


"Kakak...jom pergi jalan-jalan. Izzah dah lama tak jalan-jalan dengan kakak. Kakak asyik sibuk je," Rengek Izzah di sisi Darwisya pagi ahad itu. Ya. Sudah lama dia tidak membawa Izzah dan ibu keluar mengambil angin.

"Izzah nak pergi mana?" Tanya Darwisya.

"Kak, cinema jom. Izzah tak pernah pergi. Semalam kawan Izzah cakap, dia pergi ramai-ramai dengan mak ayah dia sekali tau. Ada tv besar. Macam best je. Izzah teringin lah.." Izzah bercerita. Gadis genit berusia 8 tahun ini cukup petah berbicara. Kata ibu, Darwisya juga petah dan lincah seperti Izzah.

"Izzah nak tengok cerita apa ye sayang?" Darwisya berfikir-fikir filem apakah yang sesuai untuk kanak-kanak seumur dengan adiknya.

"Shrek 4!" Sungguh-sungguh si kecil ini.

"Okeylah. Pergi siap. Kita ajak ibu sekali. Izzah ajak abang Aman sekali. Mana tau dia nak ikut. Uda tak da rumah kan?"

"Okey. Nanti ajak abang Aman. Uda kata ada tusyen kat sekolah," Jawab Izzah.

"Apa yang bising-bising ni Izzah?" Ibu datang dari dari dapur. Baru sudah memasak agaknya.

"Izzah nak tengok wayang Bu. Jom lah Ibu, Ibu dah lama tak jalan-jalan," Ajak Darwisya.

"Laa..Wayang ni tak sesuai untuk ibu. Segan lah ibu nak ikut," Senyum ibu.

"ibu bukan lah tua sangat. Ibu akak ni cantik dan menarik lagi tau. hehe...Jomlah ibu, teman Izzah ni. Okay?" Darwisya tetap mahu mengajak ibunya.

"Iyelah-iyelah. Pandai lah nak bodek puji-puji ibu ya?" Ibu berkata sambil menyerlahkan senyumannya.

*******************************

"Abang Aman, best kan Shrek tadi? Nanti kita tengok lagi nak?" Izzah berbual dengan Aman.

"Ko ni dik. Tak kan nak beli CD lagi kot?" Tanya Aman.

Darwisya dan Ibu hanya mendengar celoteh Aman dan Izzah. Darwisya membawa mereka semua menonton wayang di Mahkota Parade memandangkan panggung wayang di Muar tidak menarik perhatiannya.

Setelah habis menonton, Darwisya berkira-kira ingin mengajak ibu dan adik-adiknya makan. Matanya leka mencari kedai yang menarik minatnya saat itu.

"Kakak! Tu bukan Abang Kimi ke?" Jeri Izzah.

Darwisya terdiam menyaksikan panorama dihadapan matanya. Hakimi dan seorang gadis di kedai Habib Jewel. Apakah?

"Kakak...jangan tuduh-tuduh. Tanya baik-baik.." Ujar ibu seolah-olah tahu gelodak hatinya. Tentu sekali ibu lebih dulu makan garam. Sudah tentu melalui air muka Darwisya dia dapat mengagak apa yang ada dipenjuru hati anaknya itu.

Hati wanita mana yang tak terusik tatkala buah hati pengarang jantung dilihat sedang memilih cincin bersama gadis lain.

Sorry update pendek jer..
Sambung lagi yer~

Saturday, May 15, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 18

Kerja-kerja Darwisya berjalan lancar. Dia semakin cekap menjalankan tugas-tugas hariannya. Malahan, Aina Zulaikha banyak memberi kepercayaan kepada gadis ini untuk menjadi orang penting dalam segala urusan. Darwisya bersyukur mempunyai seorang ketua yang berdedikasi sepertinya. Aina sangat mudah bekerjasama dengan pekerja bawahannya tanpa langsung memilih bulu. Namun, Darwisya kerap kali rasa bersalah saat berhadapan dengannya. Darwisya kerap membayangkan badai cinta Aina Zulaikha yang berombak kerana cinta Zarif kepadanya yang tak mahu padam. Seandainya Aina tahu cinta suaminya adalah buat Darwisya, pasti Aina akan membencinya. Saat itu, pasti Aina tidak lagi menganggap Darwisya sebagai orang penting untuk kebanyakan tugas. Dan, lebih teruk, besar kemungkinan kerjaya Darwisya di Aswad Berhad bakal berakhir.

Darwisya leka menaip tugas-tugas yang diberikan kepadanya. Jam hampir menunjukkan 12.30 tengahhari. Waktu makan tengahari untuk pekerja Aswad Berhad sudahpun tiba. Namun, Darwisya berkira-kira tidak mahu keluar. Bekalan roti dalam beg tangannya dirasakan cukup untuk mengalas perutnya.

"Sya...Akak nak ajak Sya lunch sama. Nak tak?" Tiba-tiba suara Aina menyapa Darwisya. Pelawaan itu berat itu ditolaknya. Aina Zulaikha terlalu baik untuk dihampakan.

"Boleh je akak. Akak nak belanja Sya ke? Bestnya bos belanja.." Darwisya sekadar bergurau sambil tertawa kecil.

"Apa salahnya...Jom Sya," Ajak Aina. Beg tangannya dicapai. Darwisya menyusul di belakang wanita muda berjaya itu. Aina Zulaikha sangat manis dipandang. Wanita itu gemar menggayakan tudung Ekin dipadankan dengan blaus labuh paras lutut itu amat cantik dan tak kan jemu dipandang.

'Rugi betul Zarif. Isteri cantik tak dihargai' Hatinya berkata.


******************************
"Sya, Abang Zarif kacau Sya lagi?" Tiba-tiba Aina bersuara. Sudu yang sedang dipegang Darwisya hampir-hampir sahaja terlepas dari pegangan. Wajahnya yang sedang terkejut tidak dapat disorok lagi.

"Ha? Err..Kak Aina. Maafkan Sya..Sya.." Darwisya tidak tahu apa yang harus diperkatakan saat ini. Namun, ucapan maaf tetap dirasakan paling sesuai.

"Sya tak salah apa pun. Akak tahu cerita sebenar. Memang Abang Zarif tak pernah lupa Sya dari dulu." Dengan tenang Aina berkata.

"Sya kenal Zarif tak lama Kak Aina. Sya pun tak sangka Sya dah buat Zarif jadi macam tu. Zarif mungkin rasa Sya menabur harapan. Tapi sebenarnya tidak Kak." Jelas Darwisya pinta difahami. Mindanya berputar ligat saat ini. 'Bagaimana harus aku menyusun bicara?' Fikirnya.

"Cinta boleh datang sekelip mata Sya, tapi...nak pergi..perlukan seumur hidup. Mungkin aturan-Nya memang begini," Kata Aina Zulaikha cukup tenang.

"Akak tahu Sya siapa sejak hari pertama Sya masuk lagi. Akak ingat lagi bila Abang Zarif datang pejabat dan dia pandang Sya masa tu. Sebenarnya, sebelum bernikah lagi, akak dah dimaklumkan tentang Sya. Kata Abang, cintanya pada Sya tidak berbalas dan dia akan terus buru cinta itu," Sambung Aina.

"Akak tak tahu lah Abang Zarif ada beritahu Sya ke tak. Anak akak tu, bukan anak dia. Dia cuma penyelamat yang diutus Allah buat akak. Dia terlalu baik untuk akak. Akak terlalu kotor buatnya. Menikahi akak semata-mata untuk menutup malu keluarga."

"Abang Zarif tu sepupu akak sebenarnya. Dulu, akak terlalu jahil. Lupa Allah, lupa agama. Akak cuma tahu manisnya duniawi. Hingga akak hanyut tanpa akak sedar. Pub jadi masjid akak. Hotel jadi rumah kedua akak. Sehinggalah satu benih bercambah di rahim akak." Suaranya serak-serak basah. Air mata Aina Zulaikha menitis. Darwisya hanya mendengar. Kata-kata itu dicerna sebaiknya.
cinta Zarif milik Aina

"Masa tu akak tak ada orang lain untuk bercerita. Akak cuma ada Abang Zarif yang akak kenal sejak kecil. Walaupun lelaki ini sering akak anggap kolot dan tradisional, lelaki ini juga lah yang akak cari tatkala jalan buntu menerpa. Kami bertunang. Tak sampai sebulan, kami pun menikah." Ringkas penjelasan Aina, namun cukup mudah difahami.

"Sebab tu akak tak marah bila Abang Zarif masih menyimpan hati pada Sya. Dia tak salah. Dia berhak buat pilihan. Seandainya akak dilepaskan, akak redha kalau itu yang membahagiakan Abang Zarif," Air mata Kak Aina berlinangan. Darwisya jadi sebak mendengar kisah itu. Darwisya juga jadi serba salah.

"Kak...maafkan Sya seandainya Sya pernah jadi duri dalam rumahtangga akak. Sya tak berniat untuk menyakitkan hati akak. Dalam hati ni tak pernah wujud cinta untuk suami akak. Dan, Sya rasa, Zarif cukup maklum mengenai hal ini," Darwisya telus berbicara.

Tangan Aina Zulaikha digenggam oleh Darwisya. Hati perempuannya bagai dapat merasa beban yang ditanggung wanita dihadapannya.

"Kak...Zarif Asyraf bukan untuk Darwisya Qaisara. Dia milik Puan Aina Zulaikha." Genggaman itu dieratkan lagi untuk cuba meyakinkan hati Aina. Aina berhak mempertahankan rumahtangganya.

"Sya...Walaupun Abang Zarif bukanlah lelaki pertama yang akak cinta, tapi dia lah lelaki yang bertakhta di hati akak saat ini dan sampai akhir nanti," Aina merintih hiba.

'Sya janji Kak..Zarif hanya buat akak.' Janji Darwisya dari lubuk hatinya yang paling dalam. Janji itu disimpan kemas dalam mindanya. Hati kecilnya tidak putus berdoa agar rumahtangga mereka berdua dilindungi oleh Allah.


****************


sambung lagi yek.
cik penulis akan exam 18 hb ini.
tapi ttp jugak nak menaip kat sini.
hehehe...
any idea?
share la yer..

L.O.L : Puteri Humayra

Friday, May 14, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 17

 "Assalamualaikum Sya," Hakimi sengaja menghubungi Darwisya yang sedang leka mendengar bicara Zarif.

"Waalaikumussalam. Kimi, kimi dah balik ke?" Tanya Darwisya. Jantungnya berdegup laju. Rasa bersalah menjalar segenap urat darahnya.

"On the way sayang.. Sya kat mana ni? Riuh je.." Sengaja Hakimi memancing soalan sebegitu. Hakimi mengharap Darwisya berkata benar.

Namun Hakimi hampa. Jawapan yang diterima buat air mata lelakinya hampir tumpah.

'Kenapa Sya tipu Kimi, Sayang...Sampai hati Sya..' rintih hati Hakimi.

"Sya kat kedai dekat-dekat rumah je" Jawab Darwisya.

'Maafkan Sya...Sya terpaksa tipu Kimi. Sya selesaikan hal ni dulu ya. Nanti Sya cerita. Sya tak nak susahkan Kimi,' Rayu hatinya. Namun rayuan itu hanya terpendam di sudut hatinya tanpa mampu diluahkan. Urusannya dengan Zarif harus diselesaikan dengan segera. Darwisya mahu segera memadamkan nama Zarif Asyraf dalam hidupnya. Hakimi tidak perlu tahu hal ini. Darwisya khuatir jika Hakimi tahu, Hakimi bakal salah sangka.


 **********************************


Darwisya termenung sendirian. Pertemuannya dengan Zarif mengisi ruang mindanya saat ini. Dia seolah mencerna semula kata-kata dan luahan hati Zarif. Bayi kecil yang dikandung oleh Kak Aina bukan anak Zarif? Berkahwin bukan atas dasar cinta? Pelbagai persoalan menerjah mindanya saat itu. Namun, walau apa sekalipun alasan yang Zarif berikan, hatinya langsung tidak tergugat. Cintanya pada Hakimi tidak sama sekali terjejas. Di akhir pertemuan tadi, Darwisya telah pun cuba untuk telus berbicara. Darwisya telah pun berterus terang. Malah Darwisya sempat berpesan agar Zarif menghargai Aina Zulaikha. Walaupun apa sekalipun alasan perkahwinan mereka, masjid yang telah dibina haruslah terus berdiri teguh. Haruslah terus terpasak dibumi. Darwisya juga berharap Zarif tidak lagi mengganggunya. Darwisya tidak mahu ada hati yang terluka. Hakimi dan Kak aina. Mereka tidak bersalah untuk dilukai semata-mata kerana perasaan cinta Zarif yang tak pernah padam.

Darwisya mencapai telefon bimbitnya.

+Assalamualaikum Kimi. Tengah buat apa ye?

Sms ditaip buat yang tersayang. 5 minit berlalu. Namun tiada balasan diterima.

+Kimi sibuk ye?

Sengaja dihantar sekali lagi sebagai tanda dia sedang menanti jawapan.

Namun setelah 15 minit menunggu, telefon bimbit dalam genggamannya tetap sepi.

'Kimi sibuk sangat ke sampai tak ada masa nak balas SMS Sya?' Tanya hatinya. Balasan SMS dari Hakimi masih dinanti.


****************************


Hakimi menerima SMS daripada Darwisya. Namun, dia hanya memandang sepi tanpa rasa ingin membalas. Entah mengapa, hatinya jadi sakit mengenangkan peristiwa siang tadi. Hakimi sememangnya marah kerana mereka berdua berjumpa tanpa langsung Darwisya memaklumkan kepadanya. Tetapi marah Hakimi jadi berganda-ganda tatkala Darwisya sanggup membohonginya siang tadi. CIntanya terasa diperolokkan. Hakimi hampa.

-Outstation 2 weeks lagi.

Hakimi sengaja berkata begitu. Hakimi mahu sendirian. Fikirannya bercelaru.


*******

sambung lagi eh.

Thursday, May 13, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 16

Malam minggu begini buat Darwisya merindui Hakimi. Sudah genap dua minggu mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka berjumpa ialah ketika Hakimi dan dia ke Melaka untuk mengambil kereta Darwisya yang rosak. Selepas itu, Hakimi outstation ke Kuala Lumpur. Kalau dulu mereka harus berjauhan kerana menuntut ilmu, kini ketika sudah menempuh alam pekerjaan juga ada ragamnya sendiri. Namun, 3 tahun berjauhan membuatkan Darwisya tidak kekok menanggung rindunya.

Nada dering telefon bimbit Darwisya berbunyi.

'Siapa? Tadi kan Kimi dah call,'Kata hatinya. Jam sudahpun mencecah 12 tengah malam, sudah tentu jejaka kesayangannya yang sudah seharian penat berkursus sudahpun lena diulit mimpi.

Skrinnya dilihat serta merta. Namun bukan Ammar Hakimi yang muncul namanya. Tetapi Zarif Asyraf. Darwisya berkira-kira mahu menjawab atau tidak. Panggilan pertama dibiarkan sepi. Namun apabila masuk panggilan kedua, Darwisya tidak betah diam.

'Apalah yang penting sangat.' Tanya hatinya.

"Assalamualaikum," Suara Zarif Mula bicara.

"Waalaikumussalam. Ada apa call malam-malam ni?" Jawab Darwisya. Nada suara tidak keras. Namun tidak juga mesra.

"We need to talk." Jawab Zarif ringkas. Namun tegas.

"Sila lah jaga hati Kak Aina. Kenapa awak macam ni? Sudah-sudah lah Zarif. Awak ada keluarga. Ada anak dan isteri. Lupakan saya," Terang Darwisya yang tidak bersetuju dengan cara Zarif.

"Ya, Aina isteri saya. Tapi, budak tu bukan anak saya Sya." Zarif berkata. Mug berisi air milo yang baru sahaja mahu disua ke bibirnya hampir terlepas dari tangan. Mengapa Zarif berkata begitu?

'Apa maksud dia?' Tanya hati Darwisya.

"Saya tak nak masuk campur dalam urusan peribadi awak.Awak dengan hidup awak, saya dengan hidup saya." Darwisya nekad tidak mahu terlibat dengan urusan keluarga Zarif. Walaupun bagaimana asasnya pembinaan rumahtangga mereka, Darwisya tetap tidak mahu terlibat sama. Khuatir dia bakal menjadi punca perbalahan mereka suami isteri. Cukuplah sekali dulu ketika Darwisya hampir-hampir menyebabkan cinta Zarif beralih arah.

"Darwisya Qaisara Ahmad Zairi termasuk dalam urusan peribadi saya!" Nada suara Zarif agak keras. Darwisya terdiam. Darwisya cukup tidak suka tengkingan sebegitu. Arwah abah mahupun Hakimi sekalipun tidak pernah meninggikan suara sebegitu.

"Kalau betul awak  nak selesaikan masalah ni. Esok pukul 11 saya tunggu di Kopitiam berhadapan McD di Wetex Parade, awak datang ya? Saya tunggu sampai awak datang." Zarif seolah memutuskan tanpa banyak bicara.

Panggilan ditamatkan.

Darwisya merebahkan badannya ditilam empuk miliknya. Mindanya berputar. Apakah yang harus dilakukannya. Hakimi tiada saat ini. Jikalau Hakimi ada di Muar, Darwisya berkira-kira mahu mengajak Hakimi menemaninya esok. Tangannya pantas mencapai telefon bimbit yang ada disebelahnya. Nama Hakimi dicari. Punat hijau lambang telefon ditekan.

"Assalamualaikum Kimi," Sapa Darwisya lembut.

"Waalaikumussalam Sya. Ye sayang..Ada apa? Dah malam kenapa tak tidur ni sayang?" Jawab Hakimi. Nada suara lelaki itu dirasakan agak lemah dan suaranya serak-serak basah. Memandangkan jam sudah pun menunjukkan hampir pukul 12.30 pagi, mungkin Hakimi sudahpun tidur seperti jangkaannya tadi.

"Kimi dah tidur ya? Maaf lah Sya ganggu. Kimi balik bila?" Tanya Sya. Walaupun rasa bersalah kerana mengganggu tidur kekasihnya, soalan tetap juga diajukan.

"Kimi balik lusa Sya. Esok ada program lagi. Mungkin petang baru habis." Jawab Hakimi ringkas. Mungkin kerana terlalu mengantuk buat Hakimi tidak betah berbicara panjang lebar.

"Okey lah. Kimi tidur lah. Selamat malam. Jangan lupa bangun subuh esok." Apabila mengetahui hari kepulangan Hakimi adalah lusa, Darwisya tidak jadi untuk menceritakan kisah tadi.Jika Hakimi pulang esok, dia bercadang mahu Hakimi menemaninya, namun Hakimi pulang lusa.

Darwisya berkira-kira mahu memberitahu Hakimi atau tidak. Jika diberitahu mungkin Hakimi tidak membenarkannya pergi berjumpa Zarif esok. Namun, hatinya meronta mahu pergi. Hal mereka harus dibincang dan diselesaikan. Darwisya tidak mahu ada sisa cinta lalu Zarif yang bakal mengharu birukan hidupnya nanti. Darwisya tidak mahu ada hati bakal terluka. Darwisya akan bertegas esok. Dia nekad!


*************************************
Hakimi baru sahaja cuba untuk lelap semula. Satu mesej masuk menyebabkan telefon bimbitnya berdering lagi.

'Sya ke?' Tanya hatinya.

Skrin dipandang. 

1 message recieve

+Hai En Ammar Hakimi. Saya Zarif. Cuma nak beritahu kau yang esok aku dan Sya akan keluar bersama.

-Perlu ke aku percaya cakap kau?

+Terpulang. Esok, Kopitiam depan Mc D Muar.


Minda Hakimi ligat berputar. Hakimi seakan tidak percaya kepada kata-kata Zarif yang dibaca sejenak tadi. 

'Sya...sya tak da tipu Kimi kan..' Pinta hatinya.


*************************************


"Assalamualaikum," Sapa Darwisya. Zarif segera bangun dan kerusi kayu di hadapannya ditarik bagi memberi laluan untuk Darwisya duduk. Lagak Zarif benar-benar 'gentleman' seolah-olah mahu memikat hati Darwisya. Namun Darwisya hanya memandang tanpa perasaan.

"Its ok. Sya boleh buat sendiri. Awak tak perlu susah-susah." Tegur Darwisya. Darwisya rimas dengan tindakan Zarif.

"Ok, sekarang saya dah pun sampai sini, apa yang awak nak bincangkan?" Tanya Darwisya terus terang kerana tidak mahu berlama-lama di situ.

"Sya tak nak order apa-apa?" Zarif berdalih sambil menghadiahkan senyuman buat Darwisya. Wajah Darwisya ditenung dalam-dalam. Gadis ini lah yang membuatkan cinta hatinya tidak pernah padam walaupun sudah hampir setahun berlalu.

"Its ok encik Zarif. Straight to the point please." Desak Darwisya. Darwisya berasa tidak sedap hati. Darwisya mahu perkara ini diselesaikan. Dia tidak betah duduk berlama-lama di situ.

"Sebenarnya saya tidak pernah mencintai Aina. Saya masih cintakan awak." Kata Zarif.

"Bukan cinta jadi isunya Zarif. Ini soal tanggungjawab. Tanggungjawab suami terhadap isteri dan anaknya.."

Belum sempat Darwisya menghabiskan hujahnya, Zarif mencelah.

"Budak tu bukan anak saya. Dia anak entah siapa-siapa. Macam mana saya nak hidup dengan wanita yang saya tahu bukan lagi suci untuk saya? Bagaimana kepercayaan dan rasa cinta ini nak dibina terhadapnya sedangkan awal-awal lagi saya sudah rasa dikhianati." Zarif seolah meluahkan bebanan perasaan yang ditanggung. Sungguhpun Zarif tidak pernah dicintainya, kisah Zarif seolah menarik minat Darwisya untuk mendengar dengan lebih lanjut. Darwisya sekadar diam untuk memberi peluang Zarif menceritakan kisahnya.

Zarif berjaya membuatkan Darwisya diulit simpati.


**************************

Mesej Zarif kepada Hakimi benar-benar mengganggu tumpuannya. Selepas subuh, Hakimi terus bergegas pulang ke Muar. Hakimi lantas menghubungi pegawai yang menguruskan kursus untuk menyatakan ketidakhadirannya pada pagi itu. Syukurlah program pagi itu tidak diwajibkan kepada semua calon yang hadir.

Hakimi mengambil tempat di Mc Donald berhadapan dengan Kopitiam yang disebutkan oleh Zarif semalam. Entah mengapa, tindakan luar jangka itu dilakukan. Hakimi bukanlah menyimpan syak wasangka terhadap Darwisya, namun kata-kata Zarif sekadar mahu dibuktikan tidak benar.

Di depan mata Hakimi sendiri, gadis kesayangannya dilihat melangkah masuk ke kopitiam tersebut. Jantung Hakimi bagaikan mahu gugur melihat adegan tersebut. Dari kejauhan, dia sendiri melihat Zarif menyorongkan kerusi buat Darwisya ibarat mereka sedang berkasih sayang. Senyuman mesra Zarif terhadap Darwisya juga dapat dilihat cuma butir bicara sahaja yang tidak mampu didengarinya. Hati Hakimi pedih.

'Sampai hati Sya buat Kimi macam ni' Rintihan hati Hakimi bagai berjaya disampaikan kepada Darwisya melalui telepati. Darwisya jadi tidak senang duduk.

*************



 sambung lagi yew..
hehe

Maaf..kalau ada spelling error atau ayat yang tak sedap.
minta bagitahu ye.
sibuk sikit..ehehe..





Tuesday, May 11, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 15

 Hari ini hari ahad. Hari cuti buat kebanyakan syarikat di Malaysia. Hari beristirehat bersama keluarga dan kawan-kawan. Namun hari ini Darwisya dan Hakimi akan ke syarikat Darwisya untuk mengambil kereta Darwisya yang tersadai sejak semalam. Jam 9 pagi lagi Hakimi sudah tiba dirumah Darwisya. Kebetulan ketika itu Darwisya sedang bersarapan bersama ibu dan adik-adik.

"Kimi rupanya. Masuk lah dulu..Sya tengah sarapan. Mari sarapan sama-sama." Ibu yang menyambut kehadirannya pagi itu.

"Tak menyusahkan mak cik ke pagi-pagi ni Kimi datang mengganggu ni?" Kimi berbahasa. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Darwisya. Rumah kampung separuh batu separuh papan ini milik keluarga Darwisya cukup menyenangkan hatinya. Rumah itu kelihatan sudah cantik dan kemas walaupun ketika itu baru jam 9 pagi. Resam keluarga Darwisya Qaisara, ibunya sejak kecil lagi sudah mendidiknya agar rajin mengemas rumah. Rumah adalah syurga buat mereka. Rumah yang kotor dan tidak bersih akan jauh dari rahmat tuhan.

Hakimi menyusul ibu Darwisya hingga ke ruang makan. Tika itu, gadis tercintanya yang sedang membancuh teh dilihat sudah bersiap untuk keluar seperti yang dijanjikan. Darwisya cuma bergaya sederhana, jeans hitam digayakan bersama blaus lengan panjang berwarna hijau muda dengan tudung warna senada. Darwisya bukan gadis yang terlalu pandai bergaya atau pandai menghias wajah. Wajahnya hanya sekadar dicalitkan bedak kompak dan sedikit pelembab bibir berwarna merah jambu dibibirnya. Gaya sederhana Darwisya sudah cukup memikat hati Hakimi.

"Kimi, jemput makan nak. Sya masak nasi goreng je pagi ni." Jemput ibu Darwisya. Terkejut Hakimi apabila ditegur ibu Darwisya sebentar tadi. Renungannya pada Darwisya dialihkan. Perasaan malu tiba-tiba menjengah. Terasa seperti ibu dan Izzah sedang memerhatikannya sejak tadi.

"Ya mak cik. Terima kasih." Hakimi tersenyum.

"Ibu, tadi abang Kimi asyik tengok kakak je bu." Tiba-tiba Izzah dengan petahnya berkata-kata. Ibu hanya tersenyum memandang Hakimi. Hakimi mati kata-kata dan hanya membalas senyuman ibu Darwisya. Mukanya terasa disimbah panas. Malu sungguh tidak terkata.

"Eeeeii...Muka Abang Kimi merah. Abang Kimi malu ye?" Izzah menyambung. Adik kecil Darwisya ini sungguh petah berkata-kata.

"Ish..adik..apa ni kacau Abang Kimi makan?" tegur Darwisya pada adiknya. Darwisya juga hampir hendak tertawa melihat Hakimi dikenakan oleh si kecil Izzah. Serba tidak senang duduk dilihat lelaki kesayangannya itu.

*************************

Perjalanan menuju ke Melaka baru bermula. Namun, pasangan ini hanya berdiam diri ketika di dalam kereta. Ketegangan semalam seolah muncul kembali. Untuk mengurangkan rasa tegang, radio dihidupkan oleh Hakimi. Darwisya sekadar berpeluk tubuh dan membuang pandangan ke luar tingkap.

"Kereta Sya nanti kita call tow pergi bengkel kereta okay? Ingat nak suruh Shidi tengokkan, tapi Shidi tak da kat sini." Hakimi mula berbicara. Shidi adalah sahabat Hakimi yang tinggal sekampung dengannya.Lelaki itu adalah mekanik berjaya dan sudahpun memiliki bengkel kereta sendiri.
"Sya tak kisah. Sya ikut je," Balas Sya.

Sebuah lagu nyanyian Siti Nurhaliza bertajuk Mulanya Cinta memenuhi ruang kereta Hakimi. Mereka berdua sekadar diam. Alunan muzik beserta lirik seolah sedang dihayati mereka berdua.

Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta

Kasih Sayang

Senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati

Apapun juga akhirnya

Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama 

Tanpa sedar, mata Darwisya bergenang air mata. Entah mengapa, bait-bait lirik lagu itu buat hatinya sebak. Lirik itu seolah gambaran perasaannya saat ini. Air mata diseka sebelum jatuh ke pipi agar Hakimi tidak mengesyaki apa-apa. 


Pemanduan Hakimi beralih arah. Untuk menuju ke jambatan Muar, seharusnya Hakimi membelok ke simpang kanan tadi, namun Hakimi memilih simpang kiri. Wajah Hakimi dipandang Darwisya.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Darwisya.
tg emas

"Dah sampai dah. Jom turun. Dah lama tak datang sini kan?" Jawab Hakimi. Kimi mereka di Tanjung Emas. Sebuah kawasan rekreasi di Muar yang cukup diminati ramai. Di sinilah tempat mereka berkunjung tatkala keluar bersama 4 tahun lalu. Ketika itu mereka baru berusia 19 tahun. Tempat duduk di tepi sungai menjadi pilihan Hakimi. Darwisya sekadar menurut jejak Hakimi. Punggungnya dilabuhkan disebelah Hakimi. Di sinilah memori pernah tercipta.

"Sya ingat lagi 4 tahun lalu?" Tanya Hakimi kepada Darwisya disebelahnya.

"Ingat. Masa tu kita kecil lagi kan. Tapi best, walaupun Sya cuti kadang-kadang je dapat jumpa Kimi, kita pernah cipta memori yang indah-indah." Jawab Darwisya. Masing-masing berdiam diri. Darwisya membuang pandangan ke sungai Muar yang terbentang indah di ruangan matanya. Angin pagi itu sungguh menyegarkan. Hakimi memejamkan matanya rapat-rapat sambil menghirup udara segar. Darwisya memandang wajah Hakimi tanpa langsung berkedip. Wajah lelaki itu ditatap lama-lama. Mata sepet yang dirasakan ala-ala Rain pelakon cerita Full House itu paling disukainya.

'Sya sayang Kimi' Bisik hatinya.

Hakimi membuka matanya. Darwisya tertangkap. Terasa bahang panas menyerbu mukanya. 

"Sya tengok apa tadi?" Soal Hakimi sambil tersenyum.

"Err..tak da apa" Jawab Darwisya terkelu lidah. Entah mengapa dia terasa malu apabila ditangkap sedang buat begitu. Darwisya adalah gadis yang sukar menunjukkan rasa sayangnya. Walaupun sudah hampir 4 tahun berkasih, merenung mata lelaki kesayangannya pun dia tidak mampu.

"Kimi ingat Sya dah tak sudi pandang wajah Kimi. Ye lah kan...Zarif kan Sya jumpa hari-hari. Kimi pulak kerja kat Muar je. Tak satu syarikat dengan Sya, macam Zarif." Tiba-tiba Hakimi berkata begitu dengan wajah yang masam mencuka dan nada suara yang seakan merajuk hiba.

 Darwisya cuba menyusun kata.

"Sya tak da jumpa dia lah. Sya tak tahu pun dia kerja kat Aswad Berhad. Yang Sya tahu wife dia je." Jawab Darwisya sungguh-sungguh.

"Kenapa Sya tak pernah nak cerita kat Kimi yang wife dia kerja sana?" Tanya Hakimi minta kepastian. Darwisya diam.

"Semalam masa Kimi marah, kenapa Sya tak jelaskan apa-apa untuk betulkan persepsi Kimi? Kenapa Sya buat macam tak kisah je? Kalau Sya tak salah buat apa nak takut? Atau Sya memang suka Zarfi bantu Sya semalam?" Hakimi menduga lagi.

"Kenapa Sya diam?" Hakimi sedikit keras. Egonya tiba-tiba datang tatkala soalan yang diaju tidak berjawab. Darwisya hanya mematikan diri sambil wajahnya memandang ke bawah. 

Pabila diasak dengan soalan-soalan tadi Darwisya jadi sebak. Sendu mula kelihatan. Bahu Darwisya terhenjut-henjut menahan sendu. Hakimi menyedari situasi tu. Wajah kekasihnya diangkat perlahan. Pabila dilihat wajah kesayangan itu, air mata sudahpun membasahi wajah Darwisya. Tangan Hakimi pantas menyeka air mata Darwisya yang lebat membasahi pipi. Namun, sendu Darwisya bagai tidak ada penghujungnya. Hakimi rasa serba salah. Hakimi hilang punca. Dia tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan saat ini. Tanpa sedar, Darwisya meletakkan wajahnya dibahu Hakimi dan menangis sepuasnya.

"I’ll lend you my shoulder for you to cry on," Kata Hakimi perlahan. Hati Hakimi jadi sebak melihat tangisan Darwisya. Walaupun tanpa penjelasan lagi, Hakimi seakan faham dan tangisan Darwisya sudah cukup membuktikan segalanya. Bahu Darwisya dipaut lembut dan tangannya mengusap bahu Darwisya agar tangisan itu segera reda.

****************

"Maafkan Sya Kimi." Tangisannya sudah pun reda.

"Its okay my dear. I’ll lend you my shoulder for you to cry on. Kalau peluk terus lagi best. Tapi, kalau hari-hari macam ni, kita kena kahwin cepat lah." Jawab Hakimi sambil tertawa. Darwisya turut tersenyum malu. Entah mengapa, sejenak tadi tanpa sedar bahu Hakimi dipinjamnya. Terasa selamat tatkala Hakimi memaut lembut bahunya tadi.

"Sya sayang..." Hakimi memanggil sambil tangan Darwisya digenggam erat.

"Sya jangan nangis lagi. Kimi rasa bersalah kalau buat Sya menangis." Jelas Hakimi.

Sya menarik nafas dalam-dalam. "Sya minta maaf sebab buat Kimi macam tu. Sya sedar, Kimi terasa hati semalam. Tapi Sya tak tahu nak mula macam mana untuk jelaskan. Masa tu Kimi tengah marah. Sya tak pandai pujuk Kimi. Sya takut Kimi jadi makin marah. Sya ni bodohkan? Bercinta bertahun pun masih tak pandai pujuk Kimi. Bodohkan Sya ni?" Entah mengapa Darwisya terasa rendah diri. Setiap kali tiba pada situasi yang mengharuskan Darwisya memujuk Hakimi, lelaki itu pasti dibiarkan tanpa langsung dipujuk. Darwisya sedar ini tidak adil buat Hakimi. Hakimi terlalu baik untuk dilukai. Inilah kelemahan Darwisya.
"Sya, Kimi tak suka Sya cakap bodoh-bodoh macam ni. Kimi tak suka tau.Sya jangan cakap lagi ya. Mungkin Kimi yang salah semalam sebab terlalu ikutkan cemburu ni. " Genggaman diperkemaskan lagi tanda kesungguhan penjelasan Hakimi.

"Sya tak tipu Kimi. Sya memang tak tahu yang Zarif kerja kat Aswad Berhad. Isteri dia manager department Sya. Masa Sya kenal Kak Aina, Sya nak cerita kat Kimi, tapi masa tu Kimi dah nak final exam. Sya tak nak kusutkan Kimi. Maafkan Sya." Setitis air hangat gugur lagi.

"Maafkan Kimi sebab sangka bukan-bukan. Kimi percayakan Sya sayang.." Air mata yang gugur dipipi Darwisya pantas diseka. Dan segarit senyuman dihadiahkan buat Darwisya Qaisara tersayang.


**************************

sorry agak bz..(xsempat nak cek smula ejaan)
update sikit2 je..
kalau ada komen atau idea..
silalah kongsi ye..




Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 14

Matahari sudah mula melabuhkan tirainya. Jarun jam tangan Darwisya sudah pun menunjukkan pukul 7 malam. Namun keretanya masih tidak berjaya dihidupkan sejak jam 6 tadi. Entah di mana silapnya Darwisya tidak tahu.

Hari ini Darwisya habis kerja hampir pukul 6, kebanyakan teman-teman sepejabat sudah pun pulang kerana waktu kerja di Aswad Berhad adalah 9 pagi hingga 5 petang. Kerja-kerja yang tinggal sedikit sengaja dihabiskan di pejabat kerana tidak mahu bertangguh. Esok sudah pasti pelbagai tugas baru memerlukan perhatiannya.

Darwisya tidak punya teman yang duduk di sekitar Merlimau. Sepanjang yang diingatinya hanya Amirah yang tinggal di Melaka. Itupun di bandar Melaka yang mengambil masa sekitar 30 minit untuk tiba di syarikat. Darwisya berkira-kira untuk mencari jalan penyelesaian dan hanya Hakimi yang muncul dibenaknya. Hakimi dihubungi dan syukurlah Hakimi ada di Muar ketika ini. Hanya lelaki ini yang diharapkan sudi membantu.

"Hello Kimi," Ucap Darwisya ketika menghubungi lelaki kesayangnya.

"Ye Sya. Kenapa suara macam orang frust je ni?" Tanya Hakimi. Tekaan Hakimi tepat sekali.

"Kereta Sya rosak. Dah setengah jam try start enjin. But still tak hidup juga." Darwisya menjelaskan situasinya.

"Kimi datang sana lah. Sya jaga diri tau. Duduk dalam kereta diam-diam. Kimi gerak pergi sana sekarang. Kimi behenti solat magrib kat mana-mana surau je nanti. Dalam pukul 8 Kimi tiba. Okay?" Kimi menawarkan pertolongan. Hati Darwisya tidak putus-putus mengucapkan syukur ke hadrat illahi.
 
Perjalanan dari rumah Hakimi ke sini mengambil masa hampir 1 jam suku. Darwisya harus menanti agak lama. Namun hatinya disabarkan menunggu kehadiran Hakimi.Darwisya ada bercadang meminta pertolongan orang-orang yang lalu lalang dipinggir jalan, namun hatinya berasa gusar memikirkan kes-kes jenayah yang berkemungkinan berlaku. Persekitaran tempat letak kereta sudah pun lengang. Yang tinggal cuma kereta Darwisya dan sebuah lagi kereta BMW berwarna hitam entah milik siapa.

Sebentar tadi Darwisya menghubungi ibunya.

"Kakak kenapa tak sampai rumah lagi? Risau ibu." itulah ayat pertama yang menusuk ke cuping telinga Darwisya. Nada suara ibu menggambarkan kerunsingan kerana anak perempuannya masih lagi tidak pulang walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.

"Kereta akak rosak la Bu. Tak tahu nak minta tolong siapa. tapi ibu jangan risau, akak dah call Kimi minta dia tolong. Jap lagi Kimi sampailah. Ibu janga risau-risau ya?" Darwisya menjawab dengan harapan ibunya tidak terlalu merisaukan keselamatan dirinya.


Waktu maghrib hampir tiba beberapa minit sahaja lagi. Darwisya berkira-kira mahu berjalan kaki menuju surau berdekatan. Kakinya dihayun menuju ke rumah Allah itu. Kesulitan yang sedang dialami langsung tidak membataskan tanggungjawabnya demi agama tercinta sebaliknya solatlah yang menjadi kekuatannya selama ini.

****

Tanggungjawab sudah pun dilunaskan. Syukur kehadrat illahi. Jam tangan silver pemberian Hakimi sejak 2 tahun lalu ketika menyambut hari jadinya yang ke 21 dipandang.

"Dah dekat pukul 8...mana Kimi ni.." Desir hatinya diulit bimbang. Malam semakin kelam. Darwisya mula rasa gelisah. Darwisya segera masuk ke dalam keretanya. Punat lock ditekan dan dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar dirinya dilindungi daripada sebarang bahaya.

Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk oleh seseorang. tok tok tok..Darwisya menoleh. Wajah Zarif terlihat didepan mataya. Darwisya serba salah. Mahu membuka pintu atau pun membiarkan sahaja panggilan Zarif. Jika boleh, Darwisya tidak mahu memanjangkan cerita antara dia dan Zarif lebih-lebih lagi Zarif berstatus suami orang. Hati Hakimi juga harus dijaga agar lelaki itu tidak bertindak seperti dulu.

"Ya.."Jawabnya ringkas. Akhirnya Darwisya mengambil inisiatif untuk keluar dari keretanya. Bimbang pula dicop ibarat bodoh sombong oleh Zarif. Sudahlah dalam kesusahan tetapi masih juga sanggup mematikan diri dan diam di dalam kereta.

"Kereta Sya ada masalah ke?" Zarif memulakan bicara sambil matanya melilau melihat persekitaran kereta Darwisya.

"Ha'ah. Tapi dont worry, dah call boyfriend i datang ambil." Cepat-cepat Darwisya menjawab. Dalam hatinya segera berdoa agar Zarif segera pergi dari situ sebelum Hakimi tiba. Darwisya tidak mahu Hakimi tersalah anggap. Hakimi orang yang cukup tenang namun dalam menghadapi situasi orang ketiga, cemburunya pasti membara.

"Saya dah kat sini biar saya tengok apa yang rosak." Lengan baju kemejanya dilipat kemas hingga ke siku dan bonet hadapan yang telah terbuka ditilik satu persatu komponen di dalamnya. Darwisya serba salah.

"Assalamualaikum..." Suara menyapa dibelakang Darwisya.

"Waalaikumussalam. Kimi..!" Hampir terjerit Darwisya apabila melihat Hakimi dibelakangnya.

Hakimi hanya diam. Langkahnya dihayun menuju ke arah Zarif. Darwisya jadi bimbang, dalam hatinya berdoa tidak putus-putus agar Hakimi tidak melakukan tindakan yang kasar.

Zarif leka membelek-belek komponen kereta Darwisya. Bahu Zarif disentuh perlahan oleh Hakimi.

"Assalamualaikum." Ujar Hakimi.

"Waalaikumussalam," Zarif lantas menoleh. Mereka berjabat tangan. Hakimi memperkenalkan dirinya dan mengucapkan terima kasih atas pertolongan Zarif terhadap kekasihnya, Darwisya. Kemudian lelaki bernama Zarif Asyraf itu pun berlalu pergi menuju ke arah BMW hitam yang di parkir 3 meter dari situ. Namun ekor matanya sempat memandang ke arah Darwisya yang sedang terkaku melihat situasi itu.

Hakimi memeriksa komponen di dalam kereta Darwisya. Memandangkan hari sudah pun jauh malam, kerosakan tersebut dirasakan tidak dapat dibaiki malam ini.. Bonet di tutup. Kemudian, bahu Darwisya dipaut lembut. Mereka berdua menuju ke kereta MyVi putih milik Hakimi yang diparkir berdekatan.

"Kereta awak rosak. Biar je situ. Esok ahad awak cuti kan. Kita datang sini ambil. Saya akan minta kawan tengokkan nanti." Senyuman Hakimi telah mati. Suaranya juga mendatar tanpa emosi. Bahasa manja Kimi, Sya juga tiada.

"Kimi marah Sya ke?" Wajah Hakimi dipandang dalam-dalam meminta kepastian. Pandangan Darwisya tidak berbalas.

"Kenapa nak marah. Awak rasa awak ada buat salah ke?" Pertanyaan berbalas dengan pertanyaan. Itu sudah cukup menggambarkan kemarahan Hakimi. Hakimi bukan jenis lelaki yang melenting dan memaki hamun apabila marah. Dia cuma diam dan berkata bila perlu. Diam Hakimi sudah cukup menjadi hukuman paling menyeksakan buat Darwisya.

Darwisya tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Membuat penjelasan sekarang atau diam untuk memberi peluang kepada Hakimi mententeramkan emosinya. Sudah menjadi sikap Darwisya yang kekok pabila memujuk. Memikirkan risiko kemarahan Hakimi semakin meluap, Darwisya bercadang untuk diam. Hakimi dibiarkan fokus pada pemanduannya. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap sambil fikiran melayang entah ke mana. Tanpa sedar, badannya yang penat mengakibatkan mata semakin mengantuk dan akhirnya Darwisya terlelap.

Hakimi memandang Darwisya yang terlelap disisinya. Wajah lembut itu dipandang kejap-kejap supaya pemanduannya tidak terganggu.

'Mesti Sya penat kan?' Kata hati Hakimi. Menunggu sejak pukul 6 petang sudah tentu memenatkan buat Darwisya.

Dia tahu dan percaya bahawa Darwisya tidak harus dihukum begini. Dia juga sedar lelaki bernama Zarif yang baru dikenali tadi tidak harus dicemburui kerana dia tahu hati Darwisya masih  adalah untuknya. Namun, mengenangkan Zarif adalah kenalan Darwisya sejak 3 tahun lepas, Hakimi jadi hilang pertimbangan. Tambah lagi, gaya dan penampilan serta kereta milik Zarif menggambarkan kemewahan lelaki ini. Ini menggusarkan hatinya. Melihat pandangan Zarif terhadap Darwisya membuatkan hatinya semakin dipanah api cemburu. Namun akal dan iman membataskan segalanya. Jika tidak, sudah pasti berbekas muka lelaki itu ditumbuknya.

'Sya...kenapa Sya diam saja..kenapa tak jelaskan apa-apa kat Kimi? Kimi tunggu penjelasan Sya. Sya macam tak kisah je..' Hatinya berbisik.

*****

sambung lagi yaa...
any comment?

Monday, May 10, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 13

Hari ini suasana di pejabat tempat kerja Darwisya agak sibuk. Masing-masing berkejar untuk menyiapkan tugasan-tugasan. Isnin minggu hadapan adalah audit untuk memperbaharui lesen ISO syarikat Aswad Berhad. Mereka cuma tinggal 3 hari tidak termasuk hari ahad untuk menyelesaikan kerja-kerja yang masih tertunggak. Darwisya yang telah 2 bulan bekerja sudah pun membiasakan diri dengan tugas-tugas hariannya di syarikat.

"Assalamualaikum Cik, tumpang tanya, Puan Aina ada kat mana?" Seorang lelaki bertanya pada Darwisya. Suara itu seperti pernah didengarnya. Wajahnya diangkat dari memandang komputer di depannya. Sungguh dia terkejut.

"Err..Zarif.. Puan Aina kat pantry.." Jawab Darwisya. Hampir terkelu lidah untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

'Zarif!' Jerit hatinya.

Zarif juga dilihat terdiam seketika. Lidah lelaki itu juga dilihat kelu untuk berkata-kata. Mungkin kerana tidak menyangka gadis yang pernah dahulu dipuja-puja kini muncul kembali di depan mata.

"Ha? Okey-okey. Thanks cik." Zarif segera melangkah menuju ke pantry.

'Waktu makan tengahhari hampir tiba. Sudah tentu Zarif ingin membawa isterinya keluar makan bersama. 'Fikir Darwisya.

Beep..beep...
1 message receive from Kimi

+Sya, lunch dengan Kimi nak tak?

-Kimi ada kat Melaka ke sekarang? Bukan Kimi ada interviu kat Muar?

+Kimi dah habis interviu. Azri call tadi kata company kawan ayah dia kat Melaka nak pakai orang. Kimi saja try  datang tanya tadi. Ni nak balik muar nanti dengan Sya boleh? Kimi tumpang Azri masa ke mari.

-Boleh je. Tapi lepas lunch nanti Kimi nak tunggu Sya kat mana?

+Kimi nak sambung tengok kerja-kerja kosong area Melaka. Kalau dapat kat Melaka best jugak kan?
 
-Waaa..sangat best. Love u dear. Ni Kimi kat mana? Sya amik Kimi la..

+Kimi kat bawah office sayang.

-Kimi tunggu kejap ya.


Kejutan Hakimi buat Darwisya rasa riang yang amat sangat. Hakimi sudah pun berjaya menamatkan pengajiannya di UTM Skudai dan kini sedang mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan ijazah Kejuruteraan Awam yang sedang dimilikinya. Hakimi bercadang untuk mencari pekerjaan sekitar Muar dan Melaka. Sedaya mungkin dia mahu berdekatan dengan Darwisya selalu. Cukuplah 4 tahun mereka menyulam kasih dari kejauhan. Usia Darwisya dan Hakimi sudah memasuki 23 tahun, mereka berdua sudah cukup matang untuk membuat keputusan.

******

"Sya, kenalkan ni husband akak, Zarif Asyraf. Dia kerja kat area-area tempat Sya belajar dulu. Sya kenal dia tak?" Aina memperkenalkan Zarif kepada Darwisya. Darwisya hanya tersenyum tanpa banyak bicara.

"Kat penang tu ramai orang laa Kak Aina. Tak sempat nak tengok semua orang. " Jawab Darwisya sambil tertawa.

"Kak Aina keluar lunch ye. Aina pun lunch la ya?" Kata Aina sambil berlalu pergi. Zarif hanya membisu. Namun anak matanya tetap memandang Darwisya tanpa mempedulikan isterinya yang sedang memaut lengannya.

*****

"Hai Sya sayang..." Sapa Hakimi.

"Maaf Kimi. Sya lambat sikit. Mesti Kimi dah lama tunggu Sya kan?" Darwisya serba salah. Situasi pertembungannya dengan Zarif dan Aina tadi telah mencuri masanya.

"Its okay my dear. Lambat sikit je pun. Yang penting sekarang Sya dah turun pun." Jawab Hakimi tenang diiringi dengan senyuman. Mengenali Hakimi buat Darwisya selalu rasa bertuah. Hakimi cukup tenang dalam menghadapi kesulitan. Cukup penyabar dalam melayan kerenah Darwisya.

"Handsomelah pakwe Sya harini. " Penampilan Hakimi dirasakan cukup menyenangkan matanya. Berkemeja berwarna biru laut dan bertali leher berwarna sepadan. Darwisya memuji sambil membetulkan kedudukan tali leher Hakimi yang dilihat kurang kemas.

"Puji-puji Kimi ni kenapa ye? Nak Kimi belanja makan ke?" Tanya hakimi sambil tersenyum.

"Tak la..Sya saja je..Okay lah Kimi, jom kita makan. Sya kena masuk office semula ni. Takut lambat pula," Ujar Darwisya. Lengan Hakimi dipautnya sambil berjalan beriringan menuju ke tempat parking kereta Darwisya. Sedang mereka berjalan, Darwisya terasa diperhatikan, kerap kali dia menoleh ke belakang, namun tiada sesiapa. Akhirnya perasaan itu dibiarkan berlalu tanpa sedikitpun rasa curiga.

*****************


2 be continue...

Sunday, May 9, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 12

Darwisya kini menjadi pembantu kepada pengurus pentadbiran syarikat Aswad Berhad. Pengurusnya ialah Aina Zulaikha. Benar-benar tidak disangka. Sejarah yang disangka akan semakin jauh dari hidupnya kini didepan mata. Darwisya berharap segalanya berjalan dengan tenang dan lancar tanpa dugaan yang tidak mampu diharunginya.

"Darwisya Qaisara. Selamat datang ke syarikat ini ya..Semoga awak dapat beri sumbangan kepada syarikat ini." Ujar Aina sambil berjabat tangan dengannya.

Darwisya menyambut huluran salam itu diiringi dengan senyuman. Namun, mindanya ligat berfikir. 'Adakah Zarif juga bekerja di sini? Bukankah Zarif adalah juruteknik sebuah syarikat di Pulau Pinang? Mengapakah isterinya bekerja di sini?'


"Thanks err..Puan or Cik.." Kelu lidah mahu berkata.

"Puan. Puan Aina Zulaikha." Kata Aina sambil tersenyum. Wanita ini sungguh mesra.

"Puan nampak muda. Tu yang keliru saya tadi. Puan boleh panggil saya Sya." kata Darwisya.

"Yeke? Terima kasih Sya. Juz call me Kak Aina. Lagi mesra kan?" Ujar Aina memberi cadangan.


********

Hari pertamanya bekerja di Aswad Berhad berjalan lancar. Syarikat pengedaran perkakas komputer ini sungguh maju dan pekerjanya turut bermotivasi tinggi. Cuma badan Darwisya terasa letih akibat penat memandu berulang alik dari Merlimau ke Muar yang mengambil masa hampir setengah jam perjalanan. Ibunya sudah berpesan supaya duduk menyewa di rumah berdekatan tempat kerja, namun Darwisya selesa begini. Lagipun setengah jam perjalanan bukanlah terlalu jauh buatnya. Sejenak berfikir soal kerjaya yang sedang dibinanya, Zarif Asyraf muncul dalam ingatannya. Darwisya terasa teruja mahu mengetahui cerita sebenar antara mereka. Sudah berpindah ke Melaka kah Zarif? Kini mereka berdua pasti sudah memiliki seorang cahaya mata. Darwisya masih ingat kali terakhir terserempak dengan Zarif. Zarif bersama wanita yang berbadan dua.


And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your loves always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.


Kimi call!


"Assalamualaikum Kimi" Darwisya mula berbicara.

"Waalaikumussalam Sya. Sya tengah buat apa sayang?"Tanya Hakimi.

"Baring-baring je Kimi. Kimi pulak? Study dah habis ke? Dah nak final kan?" Tanya Darwisya kembali.

"Kimi tengah study ni. Mengantuk rasa, ni yang call Sya. Dah pukul 12 malam ni, Sya tak tidur lagi sayang? Esok nak kerja kan?" Kata Hakimi.

"Em..lepas Kimi end call nanti Sya tidur ye...Dah dengar suara Kimi baru Sya boleh tidur lena." Ujar Sya dalam senyuman. Lelaki bernama Ammar Hakimi masih dirinduinya walaupun sudah 4 tahun menyemai kasih. Kata orang, makin lama, makin bosan. Namun bagi Darwisya dan Hakimi, makin lama, makin cinta. Ermm..Indahnyaaa...

"Iye sayang..Penat tak Sya kerja hari pertama? Ada apa-apa masalah?" Soal Hakimi. Hakimi di tahun akhir pengajiannya di Universiti Teknologi Malaysia. Hati Darwisya meronta mahu menceritakan kisah pertemuannya dengan Aina Zulaikha, namun niat itu dibiarkan sepi. Hakimi tidak seharusnya diganggu dengan persoalan-persoalan yang mengganggu fikirannya saat ini. Hakimi harus menumpukan sepenuh perhatiannya kepada peperiksaan yang cuma dua minggu lagi bakal bermula.

"Sya rasa, okey je kot. Lagipun staf kat sana baik-baik belaka. Kimi tak mahu risau ya. Ramai orang sudi tolong Sya kat sana," Darwisya cuba mengelakkan Hakimi terlalu memikirkan dirinya. Hakimi seharusnya memberi fokus sepenuhnya pada peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Setelah 10 minit berbual dan bercerita, Hakimi mohon berundur diri kerana mahu menyambung ulangkajinya. Dan Darwisya pula yang sememangnya sudah mula mengantuk terlelap sebaik sahaja panggilan ditamatkan.

**********

SORI..
episode ni sikit sgt..
saya ada kerja..terpaksa tangguh kejap yew...

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 11

Hari ini hari pertama Darwisya Qaisara diterima bekerja di sebuah syarikat di Melaka. Setapak kakinya melangkah ke syarikat Aswad Bhd, dia nekad akan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Demi ibu dan adik-adiknya, kerjaya haruslah dibina dengan baik agar masadepan keluarganya cerah. Walaupun Darwisya hanya berbekalkan sekeping kelulusan diploma yang terlalu rendah untuk dimegah-megahkan, semangat Darwisya cukup tebal. Cukup membara.
Walaupun bermula hanya sebagai seorang 'admin officer' dengan gaji permulaan RM 1300, Darwisya tidak putus-putus mengucapkan syukur. Sebelum diterima bekerja di syarikat Aswad Berhad, pelbagai pekerjaan pernah dilakukan. Darwisya pernah bekerja di sebuah kedai runcit kecil dengan gaji RM 20 sehari selama  3 bulan, menjadi kerani di kilang di pekan kampungnya, malah pernah menjadi cashier di pam minyak berdekatan rumah. Walaupun hanya memperolehi gaji yang kecil, berkat berjimat dan sedikit duit simpanan yang ada, Darwisya kini sudah mampu membeli sebuah Produa Viva. Alhamdulillah.

"Assalamualaikum Cik, saya Darwisya Qaisara Binti Ahmad Zairi. Saya diminta oleh encik Azman untuk melapor diri di syarikat ini pagi ini." Sapa Darwisya di kaunter 'receptionist' di Aswad Berhad. Senyuman beserta salam menjadi permulaan harinya di Aswad Berhad. Si gadis di kaunter turut membalas senyuman Darwisya. Darwisya lega kerana kehadirannya disambut mesra.

"Waalaikumussalam. Cik terus ke bilik di sebelah kanan. Di pitu ada tertulis nama Encik Azman." Dengan mesra si gadis menunjuk arah.

Darwisya Qaisara melangkah cermat menuju ke bilik yang dikatakan.

"Assalamualaikum Encik Azman." Sapa Darwisya membuka bicara.

"Waalaikumussalam. Oh Cik Darwisya dah datang ya. Selamat datang ke Aswad Berhad. Sebentar lagi saya akan perkenalkan awak kepada staf kita yang lain. Sebelum tu, saya akan terangkan beberapa hal mengenai syarikat dan tugas awak ya?"Kata encik Azman. Pengurus Sumber Manusia berumur separuh abad ini dilihat mesra dan menyenangkan hati Darwisya. Lelaki itu buat Darwisya terkenangkan ayahnya. Namun, emosinya segera ditepis agar tidak mengganggu tumpuannya terhadap penerangan Encik Azman.

Setelah beberapa minit sesi taklimat berkenaan syarikat dan spesifikasi tugas yang bakal dijalankan oleh Darwisya sebagai pekerja di Aswad Berhad, Encik Azman membawa Darwisya Qaisara untuk diperkenalkan kepada pekerja-pekerja yang lain.

"Assalamualaikum. Perhatian. Saya ingin perkenalkan kepada anda semua. Ini adalah staf baru Aswad Berhad. Darwisya Qaisara Ahmad Zairi. Beliau akan membantu kerja-kerja admin dan harap-harap kita semua dapat membantu beliau di sini." RIngkas ucapan Encik Azman.

Kini giliran Darwisya Qaisara memberikan ucapan ringkas sebagai pekenalan buat staf-staf Aswad Berhad.

"Assalamualaikum. Saya Darwisya Qaisara, staf baru disini. Harap teman-teman sudi bantu saya di sini..." Ucapan yang mahu dipanjangkan terpaksa dihentikan. Matanya tercantap kepada seseorang. Gadis itu pernah dilihatnya. Bukankah wanita itu yang dilihat bersama Zarif Asyraf 8 bulan lepas?

******


sabar ya..nnti saya sambung..terpaksa benti sampai sini..

 any comment or idea?

Saturday, May 8, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 10

Esok hari terakhir Darwisya Qaisara di negeri Pulau Pinang. Selama 3 tahun di negeri ini, pelbagai cerita gembira dan kisah duka yang dilalui. Tanah ini pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kenangan bersama teman-teman telah pun menempah tempat di laman hati Darwisya Qaisara.

Sebelum pergi meninggalkan tanah Pulau Pinang ini, Darwisya keluar bersama teman-teman serumah. Sekadar mengisi masa terluang yang ada dengan memori gembira. Inilah kali terakhir kami bersama sebagai sahabat seperjuangan. Selepas ini, masing-masing punya jalan sendiri. Masing-masing punya hidup sendiri yang bakal dilayari. Ada yang mahu menyambung pengajian ke peringkat ijazah namun ada juga yang memilih memasuki alam pekerjaan yang mencabar.

"Sya, itu Zarif kan?" Ujar Diha. Senyuman Darwisya yang sedang terukir sejenak tadi kini mati. Lelaki itu dipandang dalam-dalam. Ya, Wadihah tidak salah. Itu memang Zarif Asyraf.

"He's married?" Tanya Mastura pula.

Darwisya masih diam. Hanya membiarkan teman-teman terus tertanya-tanya. Matanya masih tertumpu kepada Zarif dan gadis disisinya sambil berpimpinan tangan. Pasangan merpati sejoli itu dilihat mesra amat. Tentu masing-masing sedang indah bersulam cinta.

'Tentu itu isterinya, Aina Zulaikha. Manis sungguh.' Desir halus hatinya.

"Ya. Dia dah kawin 5 bulan lepas la Dear.." Jawab Darwisya perlahan. Darwisya masih ingat lagi pertemuan kali terakhir mereka. Ketika itu Darwisya sedang makan bersama teman sekelas di sebuah restoran. Darwisya disapa oleh Zarif Asyraf. Tiada banyak bicara. Namun, Zarif hanya menyerahkan kad undangan ke majlis perkahwinannya.

*****

"Sya. Saya akan berkahwin hujung bulan ini." Ujar Zarif memberitahu Darwisya.

"Oh..tahniah Zarif. Sya gembira dengar masjid awak bakal terbina. Tentu dengan Aina Zulaikha kan?" Duga Darwisya.

"Ya...jemput datang ye Sya. Kehadiran awak amat saya hargai" Ujar Zarif.

******

"Sya..ko tak dengar ke aku cakap ni?" Jerit Diha.

Lamunannya terhenti. Darwisya mengimbau kenangan lalu.

Pasangan Zarif dan Aina dicari. Hampir melilau matanya.

"Kau cari Zarif ke? Dia kat sana tu tengok baju baby. Kenapa muka kau lain Sya?" Tanya Mastura ingin tahu.

"Tak da lah Mas. Aku biasa je la..hehhe"  Jawab Darwisya sambil tersenyum. Kisah lama biarlah disimpan sendiri. Cinta Zarif Asyraf yang pernah wujud untuk Darwisya biarlah menjadi sejarah yang tak mungkin berulang buat mereka. Aina Zulaikha berhak bahagia.

Darwisya dan teman-teman berlalu pergi. Dari ekor mata Darwisya, dia melihat Zarif mengusap perut Aina Zulaikha sambil tersenyum bahagia.

'Hargailah Aina Zulaikha, Zarif. Semoga cinta kalian sampai ke syurga.' Ucapan itu hanya diungkapkan di dalam hati...

*****************

orait...
dah..
nak sambung ape?
any idea?

nak bagi ada konflik antara aina,zarif dengan sya atau nak tukar lain nye konflik?