Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Sunday, May 2, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 4

sambungan..


****


mengkuang dam
Darwisya hanya membisu tanpa sepatah bicara sepanjang perjalanan. Kereta Zarif memasuki perkarangan kawasan rekreasi Mengkuang Dam. Kawasan rekreasi ini agak terkenal di kawasan Pulau Pinang dan Kedah. Tempat ini sering mendapat tempat di hati sesiapa sahaja yang ingin keluar dari kesibukan kota. Namun, inilah pertama kali Darwisya menjejakkan kaki ke Mengkuang Dam yang kerap diceritakan oleh teman-teman serumahnya. Subhanallah. Ciptaan Allah ini benar-benar indah. Darwisya terpaku melihat keindahan panorama di depan matanya. Tasik di hadapannya ditatap sepuasnya bagai tidak mahu berkelip. Alangkah indahnya kalau Ammar Hakimi kesayangan dan kecintaannya ada disisinya saat ini.

"Awak suka tempat ni?" Suara itu mengejutkan Darwisya dari lamunannya. Ya, Darwisya lupa yang dia datang ke sini bersama Zarif. Emosi dan pemikirannya kembali kepada asal. Angan dan mimpi terhenti sudah. Mindanya terfokus pada Zarif.

"Ha? Ya. Ciptaan Allah memang indah." ringkas jawapan Darwisya. Jari Darwisya menguis-nguis rumput hijau. Dia cuba mencari kawasan yang sesuai untuk duduk. Setelah dirasakan tempat itu benar-benar bersih, Darwisya melabuhkan punggungnya di atas rumput hijau yang melatari sekeliling tasik itu. Zarif juga turut serta duduk disebelahnya.


"Sya, saya nak putus tunang."Zarif mula berbicara.

"Ya Allah Zarif...Apa semua ni? Saya tak faham." Darwisya dihimpit keliru.

"Biar saya jelaskan," jawab Zarif.

 "Awak tunangan orang ye? Kenapa selama ni tidak pernah bercerita? Dan kenapa nak putus pula? " Soalan bertubi-tubi diajukan kepada Zarif. Dada Darwisya berombak. Selama persahabatan ini terjalin, Darwsiya tidak pernah tahu hal pertunangan Zarif. Zarif tidak pernah bercerita hal peribadinya. Dan Darwisya juga tidak pernah fikir untuk bertanya. Mungkin kerana itulah sejak awal perkenalan mereka, Darwisya sudah tidak sedap hati.

"Saya dah jumpa cinta saya. Awak cinta hati saya Sya. Darwisya Qaisara Ahmad Zairi. Bukan Aina Zulaikha." Zarif meluahkannya. Zarif nampak tenang namun sedikit beremosi.

"Kalau saya tahu awak tunangan orang, sama sekali saya tidak akan berhubung dengan awak." Darwisya Qaisara menjawab tenang. Sebenarnya Darwisya benar-benar terkejut. Bukan ini yang diimpikan. Bukan ini yang disangkakan.  Di hatinya tidak pernah muncul sekelumit pun rasa sayang mahupun cinta buat Zarif. Pengakuan Zarif buat Darwisya benar-benar hilang kata-kata.

'aku hampir memusnahkan mahligai yang bakal terbina. Ya Allah. Ampunilah hamba-Mu ini.' rintih hati Darwisya. Itulah yang terlintas diminda dan dihatinya. Kata cinta itu bukan diimpikannya. Malah buat Darwisya, kata cinta Zarif akan buat satu hati terluka. Aina Zulaikha.

"Saya akui saya cintakan awak. Pertemuan beberapa kali ini cukup buat hati ini tidak keruan. Tapi saya dah bertunang. Apa lagi daya saya untuk memiliki awak selain memutuskannya."


Darwisya diam. Mencerna kata-kata dan luahan hati Zarif. Membina kekuatan untuk menjawab sebaik mungkin.


******************

got 2 go.
nnti sy sambung..

any comment or idea?

No comments: