Monday, May 3, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 5

 sambungan


Hanya angin petang yang beralun tenang menemani kesepian yang melanda.

"Bukan niat hati Sya nak kecewakan awak. Tapi kenapa awak begitu cepat mencintai Sya sedangkan Aina Zulaikha lebih dulu awak kenali? Zarif, cinta mungkin datang dan pergi. Tapi tanggungjawab tak semudah tu untuk dilepaskan," Darwisya tidak mahu berbalah. Namun, persoalan ini harus diajukan. Zarif harus disedarkan.


Zarif diam. Mungkin menilai semula tindakannya yang di luar jangkaan.

"Sya bukan terlalu arif untuk memberi nasihat. Tapi Sya tak mahu sahabat Sya jadi manusia yang tidak bertanggungjawab. Kalau cinta di hati Zarif tak pernah ada untuk Aina Zulaikha, pupuklah ia. Kalau cinta itu pernah ada tapi kian terhakis sejak kehadiran Sya, binalah semula. Sya tak mahu jadi api. Tak mahu jadi tembok pemisah antara Zarif dengan Aina," Darwisya cuba berdiplomasi.

"Sya tak cintakan Zarif?" Zarif bersuara.

"Sya tak pandai menipu. Sya sayang Zarif tak lebih dari seorang kawan. Sya kenal Zarif. Sya tahu Zarif baik sangat. Tapi ini bukan cinta Zarif. Apatah lagi jika cinta Sya itu bakal menghancurkan sekeping hati yang sepatutnya bahagia. Mungkin Allah sedang uji kesetiaan dan tanggungjawab awak," Jawab Darwisya. Darwisya berharap Zarif memahaminya.

Zarif bangun dari duduknya. Dia menuju ke kereta dan tanpa disuruh, Darwisya menurut tanpa banyak bicara. Mungkin memahami emosi Zarif yang tidak stabil.


******

Flat B2-26, Taman Pauh Indah sudah di depan mata. Sebelum melangkah keluar, Darwisya memandang Zarif.

"Zarif...Sya doakan masjid yang bakal terbina tidak runtuh kerana Sya. Terimalah Aina seadanya. Jangan dicari kesempurnaan tapi binalah kesempurnaan dalam rumahtangga kalian." Ucapan salam mengiringi langkah kaki Darwisya keluar dari kereta Zarif.

Darwisya menarik nafas sedalam-dalamnya. Di sudut hati kecilnya, doa yang tidak putus-putus dipanjatkan ke hadrat illahi agar Zarif dan Aina disatukan. Cinta Zarif Asyraf menguji kesetiaan Darwisya Qaisara terhadap Ammar Hakimi. Namun, jodoh mereka masih kuat.


******

sambung lagi..
ada idea ape2 nak sambung citer ni?

2 comments:

nabilah_2908 said...

hrumm...apa kata timbulkn konflik antara ammar n sya... ;)

sy dok kmn cerita org..cerita sy tak berupdate lagi..hehe..

Laman Hati said...

nabilah: tq sbb bagi idea..