Friday, April 30, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
lagu itu berdering merdu..dari corong speaker telefon bimbit Darwisya Qaisara Ahmad Zairi.

'ni mesti Kimi mesej.' Detik hati Darwisya. Sejak pagi Darwisya menunggu mesej daripada Hakimi.

Hakimi adalah cinta pertama Darwisya. Sudah lebih 2 tahun menyulam cinta. Sudah bersahabat lebih daripada 5 tahun. Sejak dibangku sekolah. Kalau dikenang kisah lalu pasti bibir Darwisya mengukir senyum. Mana tidaknya, musuh ketat kini bergelar kekasih pujaan hati. Rinduan jiwa.

Cinta mereka cinta jarak jauh. Darwisya di Pulau Pinang mengambil kursus Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai. Kimi pula di UTM skudai, Johor menyambung pengajian dalam Ijazah Kejuruteraan Awam. Bak kata orang, cinta kutub utara, kutub selatan.


Sudah lebih setahun tahun di negeri orang. Namu hati Darwisya masih untuk Kimi. Tiada apa yang mampu mengubah rasa hati Darwisya. Bukan Darwisya tidak pernah disunting lelaki lain, namun kesetiaan Darwisya memang tidak berbelah bahagi. Di kamar hati Darwisya bagai tertoreh nama AMMAR HAKIMI BIN JAMALUDDIN. Bukan anak datuk atau tan sri ternama. Bukan anak doktor atau peguam besar. Ammar Hakimi cuma anak kampung yang berhati cekal. Berjiwa kental. Itu buat hati Darwisya Qaisara makin terikat. Makin memikat.

+to be continue yaa.+

2 comments:

nabilah_2908 said...

wee...nice intro...smbng la lgi yupp.. :)

Anonymous said...

emmmm,.,.,,intro yang sgt berkesan,.,.,hehehe,.,.,.,