Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Saturday, May 1, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 1

sambung ya..
tq nabilah sbb support humayra..

-----------

"Sya..kenapa kau sayang sangat kat Kimi? Entah-entah dia ada pasang lain kat UTM tu.. bukannya kau tahu. Kalau aku jadi kau. Dah lama aku terima Zarif. Terang-terang Zarif suka dan sayang kat kau Sya." Omel sahabat Darwisya, Wadihah. Di mata sahabat Darwisya, lelaki bernama Zarif sememangnya baik. Ya. Darwisya juga tidak pernah menafikannya. Sememangnya lelaki bernama Zarif Asyraf itu baik. Mana tidaknya, masih diingat lagi kisah itu.


Wadihah demam panas secara tiba-tiba. Puas sudah Darwisya dan teman serumah melakukan pelbagai cara untuk buat demam Wadihah kebah. Namun panas tetap tidak mahu kebah. Darwisya dan teman-teman cuma pelajar. Mereka tiada kenderaan untuk bergegas ke klinik malam itu. Hari sudah kian jauh malam. Flat yang mereka diami juga sudah sunyi sepi tanpa suara. Darwisya mula resah. H1N1 semakin menjadi-jadi dewasa ini. Semakin hari semakin menginjak naik bilangan insan terkorban akibat wabak ini. Darwisya tidak mahu sahabatnya terkorban jika demam panas itu dibiarkan.

"Sya...aku dah call Amy, tapi Amy tak ada kat Penang sekarang. Nak call prebet sapu pun tak boleh Sya. Sekarang dah pukul 1 pagi. Pak cik-pak cik tu pun ada bagitahu yang operasi mereka just sampai pukul 12 malam. Kau tak ada kawan-kawan yang boleh kita minta tolong ke Sya?" Mastura melontarkan kebimbangannya. Otak Darwisya ligat berputar. Siapa? Siapa yang boleh membantu mereka saat ini?

"Ya! Zarif! Sekejap Mas, aku call someone. Not sure la dia dapat bantu ke tidak. aku tak pernah jumpa dia pun. Cuma kenal kat internet. Tapi takut pulak la Mas. Entah siapa dia kita tak kenal. Wajar ke minta bantuan dia?" Ujar Darwisya melontar cadangan.

"Syaaaa...selama ni tak pernah pun cerita kat aku yang kau ada kawan area sini? oo...simpan sorang-sorang ye? Okey lah itu kita cerita nanti. Tapi sekarang ni aku nak kau call Si Zarif tu. Kot kot dia nak bantu kita. Insya allah dia bukan orang jahat macam kau fikir Sya. Demi Wadihah..." Mas menasihati Darwisya. Wadihah harus dibawa ke hospital sebelum segalanya makin parah.


---------


"Thanks a lot Zarif." Ujar Darwisya.

"Sama-sama Darwisya. Erti hidup pada memberi. Ye kan? Kalau tidak kerana kawan awak sakit, tak kan berjumpalah kita sampai bila-bila. Okey lah Sya. Zarif kena gerak. Nak sambung kerja. Shift malam harini." Zarif berkata.

"Ha? Laa..masa saya call kenapa awak tak bagitahu. Sorry lah menyusahkan. Tapi tak apa, lepas ni kalau nak ke hospital jenguk Wadihah, saya dengan kawan-kawan naik kereta sapu ya.

"Tak apa Sya, erti hidup pada memberi. Kalau nak pergi tengok kawan awak, beritahu saya ya. Lagipun minggu ni saya free waktu siang. Kerja malam kan.", dengan tenang Zarif berkata begitu.

Tidak lama selepas itu, kereta Proton Wira Aeroback putih milik Zarif berlalu pergi meninggalkan perkarangan flat tempat tinggal Darwisya.

Sejak pertemuan itu, beberapa kali pertemuan antara Darwisya dan Zarif telah berlaku dalam minggu itu. Bukan bertemu atas sebab suka-suka. Tetapi semata-mata untuk Wadihah. Wadihah di warded selama seminggu. Demamnya bukan demam biasa semata-mata. Jika terlambat walaupun seminit, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Begitulah kata doktor yang merawat Wadihah.


+2 be continue+

No comments: