Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Monday, May 3, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 6

Mandi sudah. Solat maghrib pun sudah. Darwisya membuka beg yang dibawa ke kelas untuk mengambil telefon bimbitnya.  Seingatnya, telefon bimbitnya sepi tanpa sebarang mesej dan panggilan dari Hakimi.

'Subhanallah. Patut lah tak bunyi. Bateri kong rupanya.' kata hati Darwisya.

Nokia 3210 classic yang sudah hampir dua tahun digunakan segera disambung pada pengecas. Sememangnya Darwisya adalah orang yang setia. Bukan sahaja setia pada Hakimi, malah setia pada barang kesayangannya. Selagi boleh diguna, sama sekali tidak bertukar yang baru walaupun teman-teman sudah jauh mengikuti arus peredaran kemodenan.


And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your loves always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.


"Kimi!" terluah nama itu bila lagu itu berkumandang dari telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum Kimi." Ujar Darwisya.

"Waalaikumussalam. Saya call awak entah berapa banyak kali tadi.Where u go?" nada suara Hakimi berbeza dari biasa. Kebiasaannya Hakimi tidak pernah membahasakan dirinya 'saya' dan juga tidak pernah memanggil Darwisya 'awak'.

"Sya keluar dengan kawan kejap tadi pas habis kelas. Sorry Kimi. Bateri empty masa tu. Tak sempat inform kat Kimi. Im sorry dear." Maaf dipohon.

"Yeke? Atau awak tak mahu diganggu?" Sinis pertanyaan Hakimi kepada Darwisya.

"Kenapa Kimi cakap Sya macam tu?" Pertanyaan diaju.

"Okeylah Sya. Saya ada kerja. See you later," Nada berbaur marah.


Darwisya resah. Adakah kerana kehabisan bateri jadi punca perbalahan mereka? Mengapa Hakimi seakan cuba buruk sangka terhadapnya?Kimi Tak pernah begitu. Pelbagai persoalan menerjah fikiran.

'Kimi...apa salah Sya...kenapa Kimi macam ni...' rintih hati Darwisya. Darwisya duduk dikatilnya. Telefon bimbitnya dipegang. Pandangannya kabur. Tanpa disedari, air mata gugur setitis.

"Sya! Makan jom." Panggil Mastura. Air hangat yang menitis dipipinya pantas diseka. Khuatir Mastura melihatnya.

"Sekejap lagi aku keluar. Sorry tau tak tolong korang masak harini." Serba salah Darwisya dibuatnya. Kebiasaannya, Darwisya akan turut serta memeriahkan dapur.

"Its ok dear. Sya...kau ok? Semacam je mood. Kenapa merah mata?" Soal Mastura yang menyedari perubahan Darwisya. Darwisya terkenal dengan senyuman dan tawanya. Perubahan mood pasti mudah dikesan.

"Ha? Ok la mas. Masuk air sabun masa mandi tadi. Pedih ni..huhu.." Jawab Darwisya. Seboleh mungkin hal tadi tidak mahu dihebahkan. Sikap perahsia Darwisya memang sukar dikikis.

"Ok lah Sya. Aku kuar dulu. Jap lagi makan tau." Ujar Mastura sambil berlalu pergi. Dan pintu bilik Darwisya ditutup rapat.

bersambung~





saje create cover..
suke2..

****************************

haha..
sy sibuk sikit. update sikit je..

tq nabilah sbb kasi idea.

1 comment:

nabilah_2908 said...

ada org report kt kimi ke yg sya kelaur dgn lelaki lain..? huhu..

tkpe..tunggu next episode.. ;)