Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Friday, December 24, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga- 28

Nampaknya luka-luka kecil di badan Darwisya sudah hampir sembuh. Cuma, luka di dahinya yang berjahit itu masih lagi perlu dicuci setiap hari. Sungguhpun lukanya dalam, syukurlah ia tidak terlalu panjang dan sekadar memakan 4 jahitan sahaja. Darwisya sudah dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi, setiap minggu, gadis ini harus ke hospital kerana pakar otak masih lagi memantau keadaan memori Darwisya yang masih belum kembali kepada asal.

Darwisya berbaring dikatilnya. Dia ternampak begitu banyak naskah diari tersusun rapi di almari kecil di sisi katilnya. Diari Tahun 2005 dicapai. Diari itu nampaknya agak usang. Perlahan-lahan muka surat pertama dibuka. Di situ tercatat namanya dengan tulisan berangkai.

Darwisya Qaisara Ahmad Zamri.
Dear Encik Diary.

‘Mungkin ini diariku.’ Bisik hati kecil Darwisya. Darwisya bercadang untuk membaca isi diari itu.

3 Januari 2005

Dear Diary,

Harini pembahagian kelas tingkatan 4 bermula. Aku diletakkan dikelas 4RKA sama seperti jangkaan ku. Hampir kebanyakan rakan sekelasku ketika di tingkatan 3RKA Azam turut bersama-samaku. Tapi, pasti mereka yang memperoleh 8A dan 9A memilih untuk ke sekolah yang lebih baik. Dan aku, dengan keputusan 6A dalam PMR, aku tidak bercadang untuk berpindah ke mana-mana sekolat elite. Aku mahu di sini.

10 Januari 2005

Dear Diary,

Aku benci betul dengan si Ammar Hakimi tu. Dah tak ada kerja lain ke agaknya. Setiap hari nak mengganggu aku. Dari hari pertama kat form 4 ni, he keep teasing me. Bosan betul lah…

‘Ammar Hakimi? Siapakah dia?’ tanya hati Darwisya.

Helaian seterusnya semuanya menceritakan betapa nakalnya Ammar Hakimi mengganggu Darwisya Qaisara dan juga betapa bencinya Darwisya terhadap usikan lelaki itu. Darwisya tersenyum. Bacaan diteruskan.

14 Mei 2005

Dear Diary,

Harini hari yang  paling memalukan aku dalam sejarah hidup aku kat asrama ni. Macam biasa, antara Maghrib dan Isyak, Ustaz Faiz mesti suruh semua pelajar menghafaz surah-surah yang ditetapkan. Biasa lah, budak degil, ustaz suruh hafal aku pulak buat kerja add maths yang melambak. Dah la tak pandai, banyak pulak kerjanya. Masa aku buat add maths tu, dengar juga ustaz suruh Ammar Hakimi menghafaz surah Al-Alaq. Nampak gaya lulus la tu. Lancar bacaannya. Tapi yang tak puas hati, lepas tu ustaz suruh si Ammar Hakimi tu pilih pelajar aspuri untuk menghafaz. And aku jadi pilihan dia.

What the fish!

‘Darwisya Qaisara Ahmad Zamri kelas 4RKA, sila tampil ke hadapan dan perdengarkan bacaan anda.’

 Dengan sesedap rasa, dia sebut nama aku dengan mikrofon surau tu supaya baca surah hafazan tu. Apa lagi, menggelabah puyuh la aku. Habis laaa..gagap semua keluar. Yalah, surah tu senang je, tapi sebab terkejut hancur semua.Tarannum menghilang, tajwid mengarut. Ya Allah… Malu masa ditegur ustaz tadi.

 Masa selisih dengan dia tadi, sempat aku tunjuk penumbuk kat dia. Ammar Hakimi, kau memang cari pasal dengan aku kan! Siap kau!

Darwisya tertawa. Sekalipun masih tidak dapat mengingati semua kenangan itu, Darwisya merasakan zaman remaja ketika di alam persekolahan itu begitu indah buatnya. Dan ada satu kemusykilan bertandang dikotak mindanya.

‘Mengapa nama Ammar Hakimi begitu kerap dicatat disetiap helaian muka surat diarinya? Siapakah lelaki itu sebenarnya?’

Darwisya menekan fikirannya supaya mengingat nama itu tapi dia gagal. Darwisya mendesak mindanya untuk mengingat siapa lelaki itu. Dia merasakan betapa pentingnya lelaki bernama Ammar Hakimi itu di hatinya. Namun hampa, Darwisya tidak punya jawapan untuk persoalan itu sebaliknya kepalanya terasa berdenyut-denyut dan sakit yang teramat sangat. Dan tanpa sedar, Darwisya rebah ditepi katilnya sambil tangan kirinya mendakap erat diari usangnya itu.




Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Wajah ibu dan adik-adik disisinya.

“Bu, kenapa semua kat sini?” Darwisya keliru melihat ibu dan adik-adiknya berwajah muram mengelilinginya.

“Tadi Kak Sya pengsan kat bawah tu.” Jawab adik bongsunya sambil jari telunjuk si kecil itu menunjuk arah sisi tepi katil.

“Yeke? Em, tadi kepala akak sakit sikit. But now, I’m okay,” Jelas Darwisya ringkas sambil sekuntum senyum dihadiahkan buat ibu dan adik-adiknya. Denyut dikepalanya dirasakan sudah menghilang.

“Kamu fikir banyak ya? Sudahlah Sya. Perlahan-lahan. Bawa bersabar dan ingat Allah selalu ya sayang…” Pesan ibunya sambil menggenggam erat jari jemari Darwisya Qaisara.

Mungkin benar kata ibu. Perlahan-lahan cuba mengingati memori yang hilang di mindanya. Tapi, Darwisya terasa tidak sabar. Dia terasa kehilangan sesuatu. Dia bagaikan mencari sesuatu yang pergi. Namun, dia sendiri tidak tahu. Kerana itulah, Darwisya kerap memaksa otaknya untuk mengingat walaupun doktor sudah berpesan agar tidak berbuat demikian.

Setelah ibu dan adik-adiknya meninggalkan dia sendirian di kamarnya, Darwisya mencapai diari itu lagi. Dia menyelak helaian diari itu sehingga tiba di helaian di mana tadi dia terhenti membaca tadi.

‘Aku harus mencuba lagi.’ Bisik hati Darwisya membakar semangat dalam dirinya.

8 Julai 2010

Dear Diary,

Dua hari lepas, I got an email from him. Siapa lagi kalau bukan Ammar Hakimi. Dia nak berkawan dengan aku. Aku terfikir, yang aku dengar, mamat ni ada ramai aweks. Dia nak fool kan aku ke ek? So, dengan sesedap rasa, aku reply email dia.

‘Hello bro. Jangan samakan aku dengan perempuan yang kau kenal. I’m not interested okay. Just forget it. Kalau nak teruskan perangai playboy kau tu, better cari mangsa lain. Bukan aku. Taste aku bukan playboy macam kau. Dah bersepah dah cerita hot player kau ni aku dengar dari budak-budak ni.’

Yang menyampah tengok muka kau,
Sya.

Dan si dia xreply pun emel aku tu sampai harini. Malah, gangguan-gangguan seperti dulu pun bagaikan sudah berakhir. Tak ada dah aku dengar suara mamat tu panggil-panggil Sya. Adakah aku terlalu kasar dalam berbahasa? Marah ke dia?Player memang marah ke kalau kita panggil dia macam tu?Dah merata satu aspuri kata Ammar Hakimi playboy besar, takkan aku nak bagi muka kot kat dia.

What the fish! Pening la fikir semua ni. Mengarut!


Darwisya tersenyum. Membaca diari hasil tulisan tangannya yang agak comot itu terasa lucu di hatinya. Mana tidaknya, Darwisya dalam diari itu amat kasar orangnya. Hinggakan, Darwisya keliru dengan dirinya yang sekarang ini. Masakan mahu membalas email sekasar itu, mahu meninggi suara juga dia bagaikan tidak tahu. Baginya, Darwisya Qaisara dalam diari itu tidak seharusnya membuat pengadilan sebegitu kepada Ammar Hakimi sedangkan dia hanya mendengar cakap-cakap orang. Namun, itulah hakikatnya. Diari itu diari remaja sekolah menengah. Yang pastinya bercakap dan berbuat apa sahaja mengikut emosi dan perasaaan mengatasi rasionalnya.


18 Julai 2005

Dear Diary

Dah 10 hari. Harini baru lah aku dengar suara Ammar Hakimi mengganggu aku kembali. Lega rasa. Even aku menyampah tengok muka mamat ni. Sekurang-kurangnya, aku tahu lah, dia tak marah lagi dah. Hahahaha…Pelik la kau ni Sya.

Tapi, aku pelik pulak dengan perangai Kimi tu. Kat kelas tadi pandang-pandang senyum-senyum kat aku kenapa?Aku hampir-hampir aja terjatuh hati kat senyuman hot player tu. Oh No Sya! Jangan cari masalah.

Sekali lagi ayat-ayat bertarikh 18 Julai 2005 itu mencuit hatinya. Darwisya tersenyum. Hari-hari seterusnya dalam diari itu menceritakan bahawa Darwisya Qaisara yang sudah mula terjatuh hati kepada lelaki hot player bernama Ammar Hakimi. Nampak gaya, sedikit demi sedikit ‘Si Kerak Nasi Darwisya’ mula melembut dek penangan hot player bernama Ammar Hakimi itu.

Bacaan Darwisya terhenti. Dia teringatkan lelaki yang digelar ibu dan adik-adiknya Kimi ketika lelaki itu melawatnya di hospital. Lelaki itu tidak pernah dikenalinya tetapi cukup prihatin terhadapnya. Malah saat dia membuka mata selepas sedar dari koma, wajah lelaki itu turut mencuri perhatiannya. Apakah Kimi itu adalah lelaki hot player yang muncul dalam diari usang Darwisya Qaisara? Perlahan-lahan bayangan seorang lelaki. Wajah lelaki itu samar-samar berulang tayang diruang mindanya. Pelajar lelaki sekolah menengah yang bermata sepet dan berkulit sawo matang sedang tersenyum padanya. Budak lelaki itu berkata, ‘Hai Sya, Kimi datang ni…’ dan kerana itulah Darwisya Qaisara semakin pasti, budak lelaki itu adalah Ammar Hakimi lelaki hot player yang tercatit kerap dalam diari usang miliknya itu.

No comments: