Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Friday, May 7, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 8

Hakimi memang anak yang baik. Sungguhpun hubungannya dengan Darwisya dilanda badai, permintaan ibunya tidak dihampanya. Darwisya dijemput dan di bawa ke rumahnya haritu itu. Pelbagai persoalan yang ingin diajukan Darwisya. Sihatkah Kimi? Kereta siapa yang Kimi bawa? dan pelbagai persoalan. Namun soalan-soalan itu hanya dibiarkan beku dikotak mindanya. Hanya sepi menemani mereka berdua di sepanjang perjalanan. Hakimi sekadar fokus pada pemanduannya dan Darwisya melempar pandangan ke luar tingkap kereta. Hati dan fikiran Darwisya jauh melayang memikirkan penyelesaian untuk masalah yang satu ini.

'Sya salah apa Kimi?' rintih hati Darwisya. Hatinya menangis diuji begini. Darwisya rela dimarah asalkan Hakimi sudi bercakap. Terlalu lama suara kecintaan hatinya tidak didengari.


*************

Destinasi yang dituju sudah pun tiba. Setelah bersalaman dengan ibu dan ayah Hakimi, Darwisya ke dapur membantu mereka yang menyediakan juadah kenduri untuk malam itu. Seperti kebiasaannya, menu pilihan masyarakat berketurunan Jawa seperti keluarga Hakimi ialah Nasi Ambang. Juadah ini dimakan bersama beberapa orang di dalam dulang. Menu ini menyediakan nasi bersama pelbagai jenis lauk pauk seperti mi goreng, serunding, sambal goreng jawa dan ayam masak kicap. Meriahkan?

Lauk pauk sudah pun tersedia. Cuma tinggal menunggu untuk di hidangkan. Kata ibu Hakimi, makanan tersebut mula dihidangkan selepas solat maghrib nanti. Kerja-kerja dapur sudah tamat. Saudara mara terdekat sudah pun pulang ke rumah dan bersedia untuk datang kembali malam ini. Darwisya duduk di beranda rumah sambil melihat telatah adik kecil Hakimi bermain. Darwisya tersenyum kecil. Hatinya bagai terlupa dengan semua masalah yang sedang dihadapi. Inilah Darwisya Qaisara Ahmad Zairi yang hatinya amat mencintai kanak-kanak. Melihat kanak-kanak buat hatinya riang dan gembira.

"Sya, ikut Kimi kejap," Sapa Hakimi di pintu rumahnya.

Darwisya diam membisu tanpa jawapan. Namun kakinya melangkah mengikut jejak Hakimi menuju ke kereta.


******

Kini mereka berdua duduk bangku di taman permainan. Entah mengapa Hakimi memilih tempat ini bukan seperti selalu Hakimi lebih gemar ke tepi sungai di hujung kampungnya. Tapi Darwisya suka. Telatah kanak-kanak sedang bermain melucukan hatinya. Hatinya disaluti rasa bahagia dan bibirnya mengukir senyum melihat mereka semua bermain. Hakimi hanya memerhati Darwisya.

"Sya...Sya sayang budak-budak kan?" Tiba-tiba Hakimi bersuara.

"Mestilah. Kalau Sya ada anak nanti, Sya akan sayang dan didik dia sebaik mungkin. Supaya dapat jadi anak yang soleh dan solehah yang boleh doakan Sya bila Sya dah tak da nanti." Jawab Darwisya jujur dari hati. Itulah matlamatnya.

"Adakah Kimi yang akan jadi ayah pada anak-anak Sya?" Kata Hakimi bernada perlahan.

"Kimi...Kimi cakap apa ni? Kimi dah tak sudi kat Sya ke?" Darwisya terasa sebak.

Apakah makna disebalik ungkap kata Hakimi sebenarnya? Adakah badai yang melanda hubungan mereka ini bakal merobohkan ikatan cinta yang dibina? Pelbagai perasaan melanda jiwanya.

"Bukan Kimi. Tapi Sya yang dah tak sayangkan Kimi agaknya.." Entah mengapa ungkapan Hakimi telahpun memecahkan tabung air mata Darwisya.

'Kalaulah Sya mampu bagitahu satu dunia yang Sya amat sayang dan cintakan Kimi, Sya pasti buat begitu Kimi. Kenapalah Kimi sanggup cakap macam tu?' Rintih hati Darwisya. Namun kata-kata itu bagai tersekat dikerongkongnya. Sukar diluahkan. Hanya air mata yang mengalir di pipi memberitahu rasa hati Darwisya.

"Kimi call Sya tak dapat. Jadi Kimi call kawan serumah Sya. Dia kata Sya keluar dengan Zarif. Sejam lepas tu Kimi call lagi. Jawapan masih sama. Sya masih belum balik. Apa makna semua ni Sya?" Jelas Hakimi tenang. Wajah Darwisya dipandang dalam-dalam. Meminta jawapan yang pasti.


Tangan Hakimi dicapai dan digenggam erat.

"Kimi....Sya minta maaf. Sya sayang sangat kat Kimi. Sya tak ada main kayu tiga. Zarif bukan siapa-siapa. Cuma ada Kimi di hati Sya. Sya minta maaf sebab tak pernah cerita tentang Zarif. Bukan Sya nak berahsia. Tapi Sya tak mahu Kimi sangka bukan-bukan." Jelas Darwisya terang dan jelas. Pautan jari diperkukuh.

"Sejak bila Sya jadi macam ni? Dulu Sya utamakan Kimi. Tapi sebab Zarif, Sya belakangkan Kimi. Masa tu Kimi rasa sakit hati sangat-sangat. Rasa macam selama ni Sya mainkan perasaan Kimi sedangkan Kimi sayang Sya sejujur hati Kimi. Kimi tak pernah keluar dengan gadis lain selain Sya. Tapi bila Kimi tahu Sya buat macam tu, hati ini jadi luka berdarah." Hakimi masih memerlukan penjelasan Darwisya. Hakimi sedar, Darwisya tidak seharusnya disalahkan bulat-bulat. Darwisya berhak menjelaskan perkara sebenar.

"Zarif tu kawan Sya. Dia pernah bantu kami. Yang masa tu Diha masuk wad. Kimi ingat lagi Sya pernah cerita pasal tu?" Tanya Sya pada Hakimi. Hakimi mengangguk.

"Zarif yang tolong. Kami tak rapat mana. Sya tak tahu macam mana tiba-tiba Zarif boleh bagitahu dia sukakan Sya. Sedangkan Sya tak pernah goda dia Kimi. Sumpah! Dalam hati Sya cuma Kimi. Petang tu Sya jumpa dia setelah didesak. Zarif tunggu depan blok rumah Sya. Sya tiada pilihan. Masa tu lah baru Sya tahu Zarif dah bertunang. Sya terkejut. Kalau Sya tahu Zarif dah bertunang Sya tak kan minta tolong dia." Sungguh-sungguh Sya bercerita. Semuanya diceritakan kepada Kimi tanpa ada langsung yang tertinggal. Mulutnya jadi lancar berkata-kata. Air mata juga semakin laju mengalir. Darwisya tidak mahu di cop tidak jujur. Darwisya cerita semuanya.

"Maafkan Kimi, Sya sebab buat Sya menangis. Pasal Zarif tu, Sya senyum banyak sangat kat dia kot? Senyuman Sya terlalu manis untuk dipandang, senyum sikit Sayang...Ha..kan manis... So, lepas ni jangan senyum kat lelaki lain tau. Senyuman Darwisya Qaisara hanya untuk Ammar Hakimi tau...." kata Hakimi sambil tersenyum.

Kata-kata Hakimi buat bibir Darwisya bisa mengukir senyuman. Namun air matanya semakin laju mengalir. Sebak tidak tertahan. Mahu sahaja lelaki kesayangan di hadapannya ini dipeluk seerat mungkin.

Air mata yang mengalir dipipi Darwisya diusap lembut oleh Hakimi. Kasihnya tertumpah sepenuhnya huat Darwisya Qaisara kesayangan dan kecintaannya. Hakimi terasa bersalah kerana telah  membuat Sya menangis.

Tatkala pipi Darwisya diusap, terasa mahu sahaja dicium pipi gebu kekasihnya itu tanda maaf setulus hati. Namun Hakimi masih dalam sedar. Gadis dihadapannya ini akan dimiliki secara halal. Cintanya buat Darwisya Qaisara mahu dibawa ke syurga.

'Cinta kita kan ku bawa ke syurga'  Bisik hati Ammar Hakimi.


********************************

Maafkan saya..
ayat berterabur sikit kot.
saya sibuk dengan study.
exam dekat sangat..
tapi akan cuba update ya..


nantikan next episode,.
berilah komen ye..
amat saya hargai.

2 comments:

Ayako A. said...

ah, saya dibuai. cinta sampai syurga.
update lagi please?

nabilah_2908 said...

hrum...good luck 4 ur xm..

tkpe...lupakan dulu buat seketika tntg novel ni...

afthr xm boleh la update lagi.. ;)