Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Monday, May 3, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 7

Majalah Remaja diselak helaian demi helaian. Mood membacanya hilang. Hanya gambar-gambar yang terhidang di dalam majalah itu yang menjamu matanya. Sudah dua hari Kimi menyepi. Mesej tidak berbalas. Panggilan tidak dijawab. Darwisya buntu.


Malam ini Darwisya akan pulang ke Muar kerana kampus bercuti selama dua minggu. Biasalah, cuti pertengahan semester bergabung dengan cuti tahun baru cina. Semua pakaian yang mahu dibawa pulang sudah berlipat kemas di dalam beg. Apabila melihat beg pakaiannya terletak dipintu bilik, semangat rindu buat ibu semakin membuak.

'Apa khabar mak agaknya,' Desir hati Darwisya.

Tangannya segera mencapai telefon bimbitnya. Ibunya dihubungi.

"Assalamualaikum ibu," Sapa Darwisya lembut.

"Waalaikumussalam kakak," Jawab ibu. Kakak adalah nama panggilan buat Darwisya ketika bersama keluarga.

"Ibu tengah buat apa ni? Kakak baru lepas mengemas baju. Lepas isyak nanti nak gerak ke bus stand." Jawab Darwisya. Ibunya telah dimaklumkan tentang kepulangannya. Semakin tidak sabar Darwisya mahu menatap wajah ibunya. Sejak pemergian arwah abah, kasih sayangnya tumpah buat ibunya seorang.

"Baik-baik jalan ye kak. Ibu doakan kakak tiba dengan selamat." Kata ibu. Panggilan di akhiri selepas mereka berbual kira-kira 5 minit.

***********
Kini Darwisya dikampungnya, Muar Johor. Cuma bandar kecil namun cukup indah buat Darwisya. Lahirnya di sini. Membesar juga di sini. Malah, cinta hatinya juga di sini. Ibu dan adik-adik serta Hakimi. Hakimi ditemui di sini, Muar Johor.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.


Darwisya duduk di beranda rumahnya. Menatap alam ciptaan tuhan di petang yang indah. Kampungnya sangat mendamaikan. Pokok-pokok masih banyak menghasilkan oksigen yang sungguh segar. Kanak-kanak kecil berlari-lari bermain galah panjang dan teng teng masih ada. Darwisya terhibur.

"Kakak, ibu buat kopi dengan pisang goreng. Jom makan sebelum adik-adik kau habiskannya," Mak menegur Darwisya. Itulah makanan kegemaran Darwisya tiap kali pulang ke kampung, kopi hitam pekat makan bersama pisang goreng dicicah dengan sambal kicap. Sedapnya.

Langkah ibu dituruti hingga ke meja makan. Rupa-rupanya adik-adiknya sudah pun mula menjamah juadah minum petang tersebut.

"Kakak, jom makan dengan adik," Panggil adik bongsu Darwisya, Izzah Insyirah dengan mesra. Darwisya mengambil tempat disisi Izzah. Pisang goreng ditangan Izzah disuap ke mulut kakak kesayangannya, Darwisya.

Izzah adalah satu-satunya adik perempuan Darwisya. Darwisya punya lima beradik. Dia adalah anak sulung, diikuti Hadi, Faizal dan Aman. Hadi adalah pelajar lepasan ILP pasir gudang dalam jurusan Pemesinan Am. Faizal masih ditingkatan 5 dan Aman pula dalam tingkatan 3.

"Ibu, Hadi mana?" Tanya Darwisya pada ibunya.

"Sejak abah dah tak ada, Hadi dah jauh berubah. Tak menganggur lagi dah. Dia kerja kat kedai makan kat kampung sebelah. Kedai tu buka sampai pukul 1 pagi. Seminggu sekali dia belanja la barang-barang dapur yang tak cukup. Nak harap ibu seorang, ibu mana la larat Kak. Setakat kerja kilang." Ibu memang cekal. Darwisya memandang ibu dengan penuh kasih sayang. Ya, ibu masih cantik dan senyuman tetap menghiasi wajahnya. Namun, Darwisya tahu, di satu sudut di hatinya, pasti ibu masih sedih dengan pemergian arwah abah



Do you know what’s worth fighting for,
When it’s not worth dying for?
Does it take your breath away
And you feel yourself suffocating?
Does the pain weigh out the pride?
And you look for a place to hide?
Did someone break your heart inside?
You’re in ruins


Korus lagu 21 guns berdering daripada telefon bimbit Darwisya. Kopi yang baru sahaja mahu dihirupnya diletakkan semula. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon bimbitnya. Punat hijau ditekan.

"Assalamualaikum," Darwisya mulakan bicara.

"Waalaikumussalam.. Kak Sya, ni Syima. Kak Sya ada kat Muar ke?" Jawab pemanggil.

"La..Syima ke..akak ingat siapa tadi. Ya Sya, pagi tadi akak sampai. Kenapa Sya?"Soal Darwisya.

"Kak, mak jemput ke rumah. Esok malam ada kenduri sikit." Kata Syima. Darwisya mula berkira-kira samada mahu pergi ataupun tidak. Mengenangkan kedinginan Hakimi, Darwisya jadi serba salah.

"Insya allah Syima. Tapi akak tak ada transport la Syima."

"Tak apa, nanti Syima cakap kat abang suruh amik akak. Abang pun baru je sampai rumah ni. Cuti macam Kak Sya." Terang Syima.


*************

agak-agak nak ke Hakimi jemput Darwisya?

Jadi ke Sya gi rumah Kimi?

any idea or komen?

1 comment:

nabilah_2908 said...

sya kena jumpa dgn kimi..tuk selesaikan segala slh fhm..

tp leh gak jd lebih menarik bila kimi tknk jumpa sya..huhu..

mana2 la..;)