Pages

Protected by Copyscape Web Plagiarism Check

Saturday, May 1, 2010

Cinta Kita Bawa Ke Syurga - 2

Darwisya sedang asyik menghadap blog. Di situ tertumpah segala rasa hatinya, bicara hati gadis bernama Darwisya Qaisara. Entry kali ini bercerita kisah pemergian bapa Darwisya. Bapa Darwisya baru sahaja pergi sebulan yang lalu. Rindu masih berbekas di hati. Sedih masih berkamar di jiwa Darwisya dan keluarganya. Semakin dikenang semakin sebak dadanya. Sambil mencoret di ruang blog itu, tanpa disedari air matanya mula jatuh setitis dua.

Sabar Darwisya....


And we have gone through good and bad times.
But your unconditional love was always on my mind.
You've been there from the start for me.
And your loves always been true as can be.
I give my heart to you.
I give my heart, cause nothing can compare in this world to you.


Darwisya dikejutkan  dengan ringtone telefon bimbitnya. Walaupun belum dijawab panggilan itu, Darwisya tahu panggilan itu dari Ammar Hakimi kerana Lagu Warmness On The Soul itu adalah ringtone yang di set khas buat Kimi.

"Hello Kimi. Sorry lambat jawab." sapa Darwisya.Air mata yang tertumpah tadi dilap dengan hujung lengan bajunya. Suaranya dikawal agar tidak terserlah kesedihan yang melandanya saat itu. Darwisya tidak mahu Kimi risaukannya.

"Ye sayang. Kimi tak kisah. Yang penting Darwisya Qaisara kesayangan Kimi dah pun jawab call Kimi. Sya sihat sayang?" Tiba-tiba Sya jadi makin sebak. Kesedihan yang cuba dibiarkan lenyap tanpa pengetahuan Hakimi tadi mula menjadi-jadi. Inilah kelemahan Darwisya Qaisara Ahmad Zairi. Mendengar suara Hakimi membuat hati Darwisya dipagut sayu. Kesedihan ini terasa mahu dikongsi bersama Hakimi. Berkali-kali Darwisya berpesan pada diri agar tidak terlalu membebani Hakimi dengan masalahnya, namun beribu kali juga lah Darwisya kalah dengan janjinya.

"Sya okey Kimi." Jawapan Darwisya ringkas. Namun rentak suaranya berombak. Suaranya serak. Darwisya kalah dengan emosinya. Air matanya yang semakin laju mencurah cuba dikawal agar tidak dikesan oleh Hakimi.


"Sya...Sya nangis ye? Kimi tahu. Suara Sya lain sangat...Kenapa ni sayang...cuba Sya cerita. Kimi tak ada di sana nak bantu Sya, tapi Kimi sudi sangat-sangat dengar cerita Sya. Sya luahkan ye sayang. Jangan dibiarkan membeku dalam jiwa tu. Kimi sudi mendengarnya." Hakimi berjaya juga mengesan tangisan Darwisya dihujung talian. Dia amat memahami Darwisya. Tiap bait kata yang dilontarkan olehnya buat Darwisya tenang.

"Sya ingat kat abah. Sya rindu. Sya rasa macam tak percaya abah pergi. Abah pergi cepat sangat. Sya belum puas rasa kasih sayang abah." Air mata semakin lebat tak mampu ditahan lagi. Darwisya Qaisara benar-benar sebak menahan rindu pada arwah ayahnya.

"Sya...sabar ya.. Sya jangan sampai menyalahkan takdir Allah. Kita kena terima Qada dan Qadar yang Allah tetapkan. Sya harus kuat demi mak dan adik-adik. Mak dan adik-adik perlukan Sya. Sya sedekah Al-Fatihah buat arwah abah ya. Buat begitu tiap kali Sya teringatkan dia. Itu lebih baik kan Sya? Sya ingat lagi tak, masa tu Kimi fail paper programming. Sedih sangat. Masa tu Sya pesan kat Kimi. Jangan terus bersedih, tapi Kimi kena maju ke depan. Kimi kena usaha lebih di masa akan datang. Kimi tak boleh terus layan kesedihan ini. Kimi ingat lagi pesan Sya tu." Dengan tenang Darwisya Qaisara mendengar bait kata Ammar Hakimi kesayangannya.

Inilah antara sebab yang buat hati Darwisya semakin menyayangi Hakimi. Tindak tanduk dan bahasanya buat Darwisya rasa dilindungi, disayangi dan dikasihi. Sejak Darwisya kehilangan ayah, Hakimi lah penguat semangat Darwisya. Hakimilah yang tiap saat menyabarkan Darwisya. Hakimi jugalah yang bergegas pulang ke Muar setelah mengetahui berita pemergian ayah Darwisya.  Ammar Hakimi jugalah yang menyokong Darwisya saat Darwisya hampir tersungkur kepayahan.

1 comment:

nabilah_2908 said...

hrumm sedang mengikuti kisah ini...nice...buatkn sy terkenang zmn belajar dulu...huhu..

xpe...tunggu nxt episd lak eh..? :)